ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 August 2009

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

(Harakah) - Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.
Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan.

Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan “signature” BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan “lain-lain”. Di antara yang “lain-lain” itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut.

Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina “gelanggang silat” di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia “mewakili rakyat” dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama “Pewaris” kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan “wakil rakyat” di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang “berhoneymoon” selama 50 tahun adalah BN!

Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”!

Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT.

Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam. — khalidsamad.com

khalid samad

Ahli parlimen shah Alam
merangkap ketua bahagian PAS shah Alam

Artikel ini diterbitkan pertama kali pada Jan 10, 2009.

KOTA SEPUTEH MIMPI NGERI TERBARU UMNO BN


Setelah pilihanraya kecil Permatang Pasir, rakyat tertunggu nasib DUN Kota Seputeh. Kegagalan ADUN nya menghadiri sidang dua kali berturut turut bersalahan dengan undang undang tubuh kerajaan negeri Kedah. Apapun alasan, tidak hadir tanpa makluman kepada speaker adalah satu kesalahan.

Surat sudah dihantar oleh speaker kepada SPR. sekali lagi nampaknya SPR terpaksa mencari alasan mengelak pilihanraya kecil dilakukan. Seperti di tiga DUN Perak yang dimaklumkan speaker kosong namun ditolak oleh SPR. Kuasa speaker dah tak laku. kini SPR bukan lagi berhadapan dengan kuasa speaker tetapi kuasa undang undang tubuh negeri Kedah. Jika undang undang tubuh negeri pun boleh diatasi oleh SPR , itu tanda SPR bukan bebas tetapi kebal!

Mahyudin Yasin telah memberikan isyarat awal yang saya yakin ditujukan kepada SPR dan bukan rakyat seperti kita....

"“Berdasarkan keterangan beliau, tidak perlulah pilihan raya kecil. Tetapi macam berlaku di Perak, kita serah pada SPR,” katanya dalam sidang media di Seberang Jaya,hari Rabu.

Menjawab soalan sama ada BN bersedia menghadapi satu lagi pilihan raya kecil, Muhyiddin berkata, “kita akan (BN) akur keputusan SPR tetapi pihak sana (pembangkang) tak setuju,”.

Bagaimanapun beliau menaruh harapan tidak perlu ada pilihan raya di kawasan itu berdasarkan penjelasan Abu Hasan.

Bagi rakyat kita menanti keputusan SPR. Bagi yang memang dah ketagih pilihanraya kecil sentiasa berdoa agar pilihanraya kecil akan terlaksana. Antara yang diyakini mengharapkan agar pilihanraya kecil akan dilakukan ialah penduduk Kota siputeh.Mereka menanti durian runtuh ke kawasan mereka pula. Saya yakin ramai yang sedang mencatat bilangan kehadiran di pilihanraya kecil termasuk bilangan cuti berbaki yang boleh digunakan andai terlaksana pilihanraya lagi.

Persoalan yang timbul ialah, mengapa umNO bersungguh menolak pilihanraya kecil? apakah mereka masih menggunakan alasan pembaziran? jika ianya satu pembaziran, saya cadangkan agar umNO menarik diri sebagaimana di Penanti.

Sepatutunya umNO ghairah untuk menghadapi pilihanraya Kota Siputeh kerana ia adalah kawasan umNO. Ini adalah masa untuk umNo mengimbangi kekalahan mereka dalam siri pilihanraya kecil yang mereka hadapi. Apakah umNo takut atau tidak lagi meyakini sokongan rakyat terutamanya melayu yang mereka dakwa telah menyebelahi mereka. Sokongan yang dianggap sudah kembali hasil pertunjuk di Manek Urai sepatutnya menghairahkan umNO. apapun umNO jelas mengelak dari berhadapan dengan rakyat sekali lagi.

Jelas umNo hanya menyebarkan "perang Psikologi" untuk menguasai minda rakyat dengan mendakwa sokongan kepada umNO telah kembali. Mereka sedar kebanyakan rakyat akan mengundi parti majoriti terutama yang ada kepentingan peribadi. Jika benar rakyat telah kembali menyokong umNO tentunya umNO tidak bimbang dengan pilihanraya kecil. Jika benar sokongan rakyat bersama umNO, tentu di Perak telah diadakan pilihanraya kerana umum mengetahui jentera pentadbiran Perak lumpuh gara gara rampasan kuasa oleh Kudeta umNO.

Kita nantikan juga kemelut Perak yang akan sampai kemuncaknya gara gara pembentangan belanjawan negeri yang belum memberi pertunjuk akan diadakan. Apakah umNo sanggup memerintah tanpa belanjawan dan menambahkan koleksi kes mahkamah yang bertimpa gara gara tindakan melanggar perlembagaan setiap kali berlaku sesuatu perubahan dalam usaha menghalalkan rampasan kuasa oleh umNO?.

persoalannya benarkah sokongan rakyat telah kembali kepada umNO? atau ianya propoganda yang mengaharapkan keyakinan rakyat terhadap mereka atau mungkin juga agar pemimpin mereka tidur lena....

anaksengat

ADUN Terengganu nak Tinggalkan Umno

Meneliti beberapa perkembangan mutakahir ini dalam senario politik Terengganu yang tak kesudahan khususnya melibatkan pertembungan kem Menteri Besar dan Bekas Menteri Besar Terengganu.

Pertembungan itu sememangnya 'real', tidak siapa boleh menafikan. Tindakan Najib menghantar sepupunya Hishamuddin untuk menyelesaikan isu tersebut dengan memangku Ketua Perhubungan Umno Terengganu nampaknya bukan bergerak ke arah menyelesaikan tetapi lebih menserabutkan.Beberapa hari lepas sebuah laman portal berita internet telah menyiarkan kemungkinan ada ADUN Terengganu (kem bekas MB) akan 'bertukar' parti. Serentak dengan itu Hishamuddin sendiri telah menghubungi kesemua ADUN yang disyaki dan setelah memujuk ugut semuanya, wartawan diarahkan menghubungi kesemua mereka untuk penafian.

Sebenarnya usaha rundingan memang wujud, bukan pancing tetapi beberapa ADUN tersebut yang mulakan rundingan kerana katanya apa guna berada dalam Umno yang tidak mahu mendengar 'rintihan orang bawah'. Mereka mendesak tukar MB atau mereka akan keluar parti.

Cuma mereka ADUN - ADUN ini tak berapa berani apabila Menteri Dalam Negeri yang menjadi pemangku Pengerusi Perhubungan Terengganu membuat pujuk ugut ke atas mereka.

Apapun kemelut politik di Terengganu terus memangsakan rakyat. Perkembangan terbaru dalam sidang DUN Terengganu yang bermula 26 Ogos lepas membuktikan betapa ADUN Bn tidak serius dan kurang keberanian khususnya bila berdepan dengan isu ugut dan wang.

Menteri Besar sedia ada melalui usul oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman telah 'memberikan' buget tambahan sebanyak RM361, 267, 300.00

Ramai pemerhati politik menyifatkan ini usaha Menteri Besar sedia ada untuk mengikat semua ADUN - ADUN Bn terus setia dibawahnya. Tentunya RM361 juta akan dicairkan melalui projek kroni Bn akan menyebabkan ADUNJ - ADUN Bn terliur.

Dari RM361, 27,300.00 itu, sebanyak RM80, 453, 300.00 adalah tambahan bagi perbelanjaan mengurus dan selebihnya sebanyak RM280, 814,000.00, adalah untuk perbelanjaan pembangunan.

Sokongan penuh dalam meluluskan baget tambahan ini telah digunakan oleh Menteri Besar sedia ada sebagai gambaran semua setia padanya padahal ADUN - ADUN bersetuju meluluskan kerana nilai wang tersebut bukan nilai sokongan.

Melalui buget tambahan ini juag jumlah yang besar turut di perolehi oleh Syarikat yang punya kaitan dengan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar, sebagai ’upah’ tindakan berdiam diri, apabila tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya itu./

Butir-butir anggaran perbelanjaan bekalan tambahan dan artikel penuh di sini.


chegubard

Mengarak kepala lembu di Shah Alam

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam.

Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam.

Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah. Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan.

Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat.

Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi. Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An'am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini.

Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib — polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri.

Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya. Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak.

Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya.

Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?


Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.


penyapu sial


50 orang tu yg mengadakan demonstrasi wajib ditangkap dibawah akta hasutan yang boleh menimbulkan ketegangan tapi yang peliknye pihak polis dan whatever pihak berkuasa buat bodoh aje insiden yang serious ini..there is something fishy here...

tak kirela org PKR ke PAS ke UMNO ke...tangkap la semua...yg bawak kepala lembu tu patut kene tangkap dulu...memalukan

BARANG NAJIS....RETAK MENANTI BELAH


Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri. Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu. Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini. Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini. Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini (esok) tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri akan tumbang dalam pilihanraya akan datang.

Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR

Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat (PKR). Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).

Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya. Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, seperti artikel diblog mereka:-

"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!"

umnojohor.blogspot.com

pahangdaily

Bahana arak: wanita mabuk serang polis



Bernama melaporkan seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi semalam.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.

Namun wanita, dalam lingkungan 30an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

Peristiwa ini menunjukkann arak menyusahkan semua orang. Sebab itu arak disebut oleh Rasulullah SAW “Ibu segala kejahatan” kerana
-Pemabuk arak boleh serang siapa sahaja, mereka tidak kenal polis atau orang awam.

-Pemabuk arak memandu kereta dalam keadaan yang merbahayakan orang yang tidak berdosa

-Pemabuk arak punca keruntuhan dalam rumahtangga, kerana balik dalam keadaan mabuk ia akan menendang isteri atau anak.

-Pemabuk arak menyebabkan berlaku perceraian yang dilafazkan tanpa disedari. Menurut hukum Islam talak tetap jatuh. Kalau si pemabuk ini jahil dia terus bersama dengan isterinya, kerana anggapan talak tidak jatuh, ini bermakna berpanjangan ia melakukan zina .

-Pemabuk arak menyebabkan ekonomi rumahtangga tidak stabil, kerana kaki botol dia sentiasa ketagih tanpa memperdulikan perbelanjaan rumahtangga.

-Pemabuk arak punca berlaku perzinaan dan jenayah rogol.

-Pemabuk boleh menyebabkan seorang itu menjadi pembunuh.


Ustaz Haji Idris bin Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

30 August 2009

the star menghina islam....Sebat : Penjara kita akan melimpah sementara menunggu hukuman




En Muzaffar Razmin (kiri) bersama En Pahrol
di Ibupejabat Polis Ipoh selepas membuat laporan

Satu laporan polis telah dibuat petang tadi keatas satu rencana tulisan Pengurus Editor akhbar The Star, P.Gunasegaran.

Seorang usahawan muda tempatan, Muzaffar Bin Razmin dalam laporannya kepada pihak polis menyatakan bahawa sebagai seorang Islam, hatinya telah terguris apabila membaca tulisan G.Gunasegaran di akhbar harian The Star keluaran 28 Ogos bertajuk ‘No to Whipping for dinking’ di muka surat N54 (Views) secara langsung telah menghina Islam.



Tulisan berupa satu rencana pendek itu berbaur hasutan dan cuba mengadakan pemberontakan terhadap agama Islam.

Muzaffar juga mendakwa , tulisan tersebut memprovokasi ketegangan agama yang boleh mendatangkan ketidak harmonian antara kaum dan boleh menggugat kestabilan negara serta mengundang kacau bilau di dalam negara.

Rencana tersebut sangat jelas telah memperlekehkan institusi-institusi Islam sekali gus menggugat kewibaan hakim-hakim mahkamah syariah.

Ia juga turut mencemarkan rukun negara dan menghina Raja-Raja sebagai Ketua Agama.


Muzaffar berharap agar pihak KDN menarik lesen penerbitan ‘The Star’ dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap penulis tersebut.."

Bila lembu mengetuai gerombolan

















I




Izinkan aku memulakan blog kalini dengan ketawa berdekah2:

Kah... Kah... Kah!

Tiba2 gerombolan kepala lembu yang berdemo Jumaat lepas bagaikan tesentot telo2 mereka selepas tindakan bangang mereka dikutuk secara sebulat suara oleh semua orang, baik ameno, mahupun PR.

Ketua gerombolan yang nak jadi 'hero Islam', yang kebetulan nama nak sama dengan TPM 'hero Melayu', berpusing2 menjawab dan menafikan soalan berkaitan siapa yang membawa kepala lembu pada hari tersebut.

Dia kata dia tak tau. Pada hari 50 orang penyokongnya berdemo, sms telah bertebaran, dan juga di Facebook menyatakan ada perhimpunan dianjurkan bersama kepala lembu. Pada waktu demo itu juga, ketua gerombolan ini menyatakan bahawa tidak akan berganjak walau seinci. Sanggup bermandi darah bagai.

Gambar2 di media2 juga memaparkan mereka mengusung kepala lembu, menyepak, dan menghina kepala lembu dengan kaki, meletakkannya di hadapan pejabat kerajaan, dan 'mewakafkan' kepala lembu yang masih berdarah tu kepada MB dan YB di situ.

Selepas sehari kejadian berlaku, dan kutukan serta kemarahan umat membara terhadap tindakan mereka ni, tiba2 semua peserta demo ni tak tau dari mana kepala lembu tu datang!




Kah... Kah... Kah...!!!

Ketua gerombolan cuba menaichi kepala lembu tu dengan mengatakan bahawa ianya 'kerja orang luar'. Nak membuat kesimpulan bahawa himpunan mereka 'disabotaj oleh kepala lembu'. Demo mereka yang tidak rasis dan anti-agama itu telah diganggu dan disalahtafsir disebabkan kepala lembu.

Aiseymen, encik lembu. Seluruh alam maya nampak berapa ramai yang datang demo encik lembu tuhari - lebih kurang 50 jer. Ada dalam youtube. Kepala lembu tu jadi macam simbol korang haritu. Kepala lembu tu lebih banyak dapat liputan daripada encik lembu sendiri. Takkan la encik lembu tak perasan ada kepala lembu? Kalau perasan, kenapa encik lembu tak tegur atau suruh buang? Adakah sebab encik lembu pun sukakan perkara tersebut? Adakah sebab encik lembu bersetuju dengan perkara tersebut? Adakah encik lembu tahu tentang perkara tersebut tetapi bertindak berdiam diri agar ianya boleh memprovok agama lain dan seterusnya menimbulkan huru hara, bergaduh sehingga menimbulkan MAGERAN di Selangor yang akhirnya menjatuhkan kerajaan PR dan inisiatif encik lembu akan dibayar dengan harga yang paling tinggi?

Sudah semestinya, kot?! Jika tidak, takkanla encik lembu terus menerus menyokong tindakan itu dengan membekap (backup) dalam statement kepada watawan bahawa kepala lembu itu sebagai simbol kebodohan. Encik lembu tidak membantah penggunaan kepala lembu tersebut. Encik lembu membantah bina kuil, biarkan kepala lembu yang menjadi binatang suci Hindu dipermainkan, dan kemudian menambah kedukaan Hindu dengan mengaitkan lembu dengan kebodohan pada hari kamu membantah pembinaan kuil. Semua dalam satu tajuk yang sama!

Encik lembu... Encik lembu....

*sigh*

Untuk makluman encik2 lembu sekalian, rakyat tidak lagi bangang sepertimana yang diharapkan. Mereka memilih PR di Selangor, dan sudah semestinya setiap perkara yang dibangkitkan akan dicari jawapannya oleh pengundi. Kenapa rakyat memilih PR? Sebab mereka memberi jawapan yang memuaskan untuk setiap tindakan mereka. BN tidak pernah menjawab soalan2 pengundi dengan baik, sebab itu mereka ditolak.

Dalam kes kuil, umum rakyat Selangor telah berjumpa dengan jawapan yang jelas, bahawa kuil2 baru tidak dibenarkan, dan kuil2 haram akan direlokasikan supaya memudahkan semua orang. Tidak timbul soal majoriti atau minoriti, sebab kalau nak difikirkan majoriti, AMENO KENA KELUAR DARI SABAH SERAWAK SEBAB MELAYU DI SANA HANYA MINORITI!

Mereka yang baru berjinak2 dengan demokrasi, terbodoh dengan fahaman mereka sendiri bahawa hak majoriti itu mengatasi segalanya sekaligus menafikan hak minoriti. Bangang ka hapa?

Oklah. Tapayah kita bersoal tentang hukum dan peranan demokrasi. Itu bukan isunya. Isunya di sini ialah encik lembu yang tidak berkata apa2 bila kepala lembu disepak tendang pada hari demo, bernada lain pada keesokan harinya.

Encik lembu dan gerombolan yang nak bermandi darah dan tak berganjak walau seinci pada hari demo telah berundur lapan tiang pada keesokan harinya apabila tindakan mereka itu dikutuk, bukan sahaja oleh orang Hindu dan bukan Islam, malahan dari orang2 kuat ameno sendiri!

Aku bukan nak provok, tapi sekadar nak memberikan gambaran jelas bahawa tindakan2 gerombolan ameno ini dari dulu, kini dan selamanya tidak pernah cerdik. Dan bila mereka tau bahawa tindakan mereka itu telah dikesan bodohnya, mereka cepat2 bertindak dengan memperbodohkan orang lain. Mereka ini tak pernah nak ambik tahu bahawa tahap kecerdikan orang di Tanah Melayu ini sudah meningkat berpuluh kali ganda selepas peristiwa '98.

Mereka ini - manusia2 gerombolan - adalah terdiri dari golongan orang2 yang jahil, dan untuk itu, blog ini diwajibkan ke atas mereka.

matkeri

Perhimpunan Aman Tanpa Kepala Lembu








Perhimpunan aman mendesak ADUN BEBAS LUNAS meletakkan jawatan sebagai Adun

Tarikh:31 ogos 2009

Hari:Isnin

Waktu:9 pagi

Tempat:Di hadapan pusat khidmat Adun Lunas (Paya Besar)

POLIS DAN FRU DIJEMPUT SAMA BERAMAI-RAMAI...

KAMI TAK BAWA KEPALA LEMBU..

sharpshooterblogger

Hukuman Rotan – Malaysia Bukan Negara Islam

Nah! sekarang ini terserlah dan ternyata benarlah, Malaysia bukan sebuah Negara Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Melayu di dalam BN.

Daripada atas hingga ke bawah, pemimpin dan ahli Umno perlu mengakui bahawa apa yang mereka perkatakan dahulu adalah karut dan palsu semata-mata.

Kes dan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah meminum arak telah mendedahkan segala-galanya.

Selama ini mungkin rakyat menggambarkan bahawa benarlah apa yang dijerit pekik oleh pemimpin BN yang melayu itu bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Rupa-rupanya “boooh oong” sama sekali.

Sudahlah hukuman itu sendiri tidak menepati sebagaimana hukuman yang terdapat di dalam Islam dan ianya juga sudah menjadi sejarah dan bacaan disemua peringkat, akan tetapi yang paling memalukan ialah tiadanya “penyebat” yang mahir sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Apakah itu bukan suatu perkara yang memalukan “manusia-manusia” yang mendakwa Malaysia sebuah Negara Islam?

Kalaulah tukang sebatpun tidak ada lagi, bagaimana boleh mereka mendakwa negara ini negara Islam? Bagaimana mahu menjalankan perundangan Islam yang ada dalam sebuah Negara Islam? Hairan dan memalukan sekali!

Walau bagaimanapun selagi namanya Umno, maka selagi itulah mereka tidak akan berubah untuk menerima Islam sepenuhnya. Islam mereka adalah Islam liberal. Hanya sesuainya Islam apabila sesuai dengan mereka.

Persoalannya sekarang di mana suara MUFTI DAN PARA ULAMA KERAJAAN? Mereka inilah yang sepatutnya berada di saf depan untuk menjelaskan segala-galanya.

KENAPA KAMU DIAM?


manjanik

SELOKA KOTA SEPUTEH & LUNAS

Kota Seputeh Parlimen Jerlun
Lunas Parlimen Kulim Bandar Bharu
Sudah 7 kali BN kena balun
Sampai sekarang tergaru-garu

Politik lama amalan Barisan Nasional
Politik baru gagasan Pakatan
Semakin hari semakin tak rasional
Akibat tamak dan kejar habuan

Kota Seputeh kerusi dah kosong
BN berjuang tidak ikhlas
7 kali sudah melopong
Rakyat tolak tanpa belas

YB lunas tiada maruah
Jual kerusi tak rasa malu
BN takut dan rasa susah
Ditolak rakyat bertalu-talu

Ponteng sidang tanpa alasan
YB Kota Seputeh tak rasa malu
Speaker DUN sudah maklumkan
SPR membisu buat tak tahu

Muka YB muka tak malu
Itulah sikap ADUN Barisan Nasional
Sikap SPR kita dah tahu
Tidak telus tidak professional

BN takut hendak berlawan
Terpaksa guna jentera kerajaan
Rakyat cerdik pandang ke hadapan
7 kali BN kena hukuman

Najib Muhyiddin terus bingung
Kalah terus tak ada yang menang
7 kali kepala berdengung
Muka pucat hati meradang

Zahid Hamidi Hishamudin Ketua Puteri
Shafei Afdal dan juga Khairi
BN berkubur menyembah bumi
Perjuangan lapuk pentingkan diri


sofi wahab

Teoh ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi


Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata, beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Gobind berkata, laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.

“Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan.

“Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan,” kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.Mstar

UMNO dulu kepala babi sekarang kepala lembu

UMNO Dalang Demo Kepala Lembu


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan anasir-anasir Umno mendalangi tunjuk perasaan sekumpulan orang yang mengheret kepala lembu untuk membantah tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23. Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan.

Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Dalam kejadian semalam, kira-kira 50 orang, bertindak mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor selepas solat Jumaat.

"Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO, itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini, " kata Khalid.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam," tambah beliau.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

" Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu," kata Khalid.

"Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat," tambahnya.

Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu percaya tunjuk perasaan itu diberikan lampu hijau oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar.

"Selepas lawatan Noh Omar jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan," kata Ronnie.

"Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam," tambah Ronnie.





greenboc

mufti mufti di malaysia umpama jantan jalang....tepuk dada tanya selera....!!!!

Apakah Mufti Hendak Menjadi Penipu dan Bacul ?


Kalau saya katakan para Mufti yang berlambak bersepah di Malaysia ini umpama jantan sial, jalang dan pelacur jantan, mungkin tidak tepat dan terlalu menghina ‘title’ Mufti yang mereka banggakan sangat. Walau bagaimanapun sejak bertahun kebelakangan ini berlambak para Mufti yang diamanahkan (selaras dengan tugasnya) untuk menasihati pemimpin negara/negeri dalam hal berkaitan agama Islam telah secara nyata GAGAL melaksanakannya.

Memberi nasihat, pandangan dan teguran secara berpilih seakan menjadi perkara lumrah dikalangan para mufti. Apabila sesuatu perkara yang melanggar hukum ALLAH SWT dilakukan oleh pemimpin negeri atau negara dari kalangan Bani UMNO, hampir semua mufti yang pernah dikhatankan zakarnya satu ketika dulu seolah-olah menjadi si tua bisu dan jantan bacul.

Teguran, nasihat dan fatwa sepantas halalintar akan dirumuskan oleh beberapa mufti yang sakit jiwanya apabila kenyataannya akan memberi faedah politik kepada pemerintah yang zalim. Beberapa mufti di Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti pelacur yang melacurkan ‘title’ Muftinya demi kepentingan peribadi mereka. Mereka sunggup mengenepikan malahan melupakan perintah agama demi menjaga dan mentaati perintah serta arahan pemimpin UMNO dan Raja serta Sultan. Mereka meringankan perintah Allah semata-mata demi menjaga ‘air muka’ raja dan sultan yang kekadang jelas mencabul kesucian agama Islam.

Bukan bagi saya tetapi untuk sesetengah masyarakat Malaysia, cakap atau kata-kata serta ucapan daripada para mufti ibarat sesuatu yang terlalau islamik, seolah seperti satu fatwa. Pantang tersilap orang lain, dengan cepat para mufti mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan samada raja, sultan atau malaun pemimpin songsang dari Bani UMNO. Malahan ada kalangan mufti yang dengan sedar memutar-belitkan kenyataan yang dirasakannya bertentangan dengan inspirasi aparat perjuangan sundal parti UMNO.

Islam adalah agama anutan saya. Saya pernah ke gereja, saya pernah ke kuil. Saya juga pernah ke tokong. Saya bukan hanya di pinggir gereja, kuil atau tokong. Saya masuk ke dalamnya. Saya memerhatikan rakan saya melaksanakan apa yang dituntut oleh agama mereka. Kerena apa??. Mereka juga sanggup berhenti bersama saya di Surau atau Masjid apabila tiba waktu solat dalam perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru atau ke mana sahaja dalam hal ini.

Saya punyai ramai kawan beragama Hindu, Buddha dan Kristian. Sepanjang menghormati Ramadhan, mereka tidak akan merokok di depan saya. Mereka akan membuat temujanji untuk bersembang hanya selepas jam 9.30 malam. Mereka menghormati Ramadhan dan waktu solat Tarawih. Itu mereka, mereka yang dikatakan kafir. Mereka yang dikatakan akan ke neraka…!!!

Sial sungguh mereka yang dengan mudah mendabik dada mengaku ‘Aku lah Mufti, aku lah yang tahu dan faham tentang bab hukum-hakam. Aku lah yang bertanggungjawab memberi nasihat dalam hal agama kepada pemimpin negara/negeri. TETAPI, merekalah yang memesongkan akidah dan menyesatkan rakyat melalui penyelewengan ucapan, teguran dan fatwa yang mereka keluarkan. Para mufti terlalu kerap hanya akan mengeluarkan kenyataan apabila disuruh oleh pemimpin politik, UMNO khasnya. Apakah mereka menganut agama Islam milik ALLAH atau Islam yang dicanai semula oleh UMNO?

Maaf, saya tidak menghormati manusia kerana harta atau pangkatnya. Penghormatan saya kepada insan kerana ‘ketinggian makamnya’, kerana ilmu berserta amalannya. Kalau setakat kerana belajar di Mekah, balik jadi mufti tetapi perangai macam orang setengah tak jadi. Mintak maaflah, jangan minta diri untuk dihormati.

Semalam 28hb Ogos 2009 di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam beberapa manusia yang mengaku beragama Islam tetapi perangai dan tindak tanduk mereka jauh lebih hina, keji dan jijik daripada anjing dan babi telah mengarak dan mempersendakan kepala lembu yang baru disembelih. Mereka mengaraknya dari perkarangan mesjid negeri di Shah Alam menuju ke pejabat setiausaha kerajaan negeri. Perbuatan mereka jelas biadap, keterlaluan dan amat menghina bukan hanya agama Hindu, malahan mereka juga mencemarkan kesucian dan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam. Islam tidak pernah mengajar apatah lagi menyuruh umatnya menghina atau mengejek agama lain.

Malangnya, para mufti dan pemimpin UMNO menjadi seperti bisu, bacul, banggang dan tolol. Mereka seolah merelakan apa yang terjadi. Pemimpin UMNO membiarkan kerana insiden itu akan dibakar untuk menjadikan sebagai pencetus kemarahan penganut agama Hindu. Bila orang India bangkit, bila penganut Hindu menentang maka UMNO bersama para mufti dan pencacai haprak umno yang menggelar diri mereka sebagai PUKIDA akan melaungkan slogan perjuangan untuk bangsa dan perjuangan untuk agama.

Sejarah telah membuktikan bagaimana sebuah parti bernama UMNO mempersendakan Islam. Mereka menukar dan memutarbelitkan kesucian agama islam demi kepentingan politik mereka. Islam Hadhari, ke mana perginya? Siapa imamnya? Di mana dalilnya? Ia adalah agama rekaan UMNO. Is diwujudkan demi politik pemimpin UMNO.

Memang haramjadah pemimpin yang dengan segaja membiarkan api permusuhan ini disemarakkan. Memang haramjadahlah para mufti kalau mereka dengan mengenepikan hukum ALLAH SWT demi menjaga kepentingan diri dan takut kepada kemurkaan Sultan atau Raja melebihi takutnya mereka kepada ALLAH.

Saya menuntut para mufti yang berbelas ada di Malaysia ini mengeluarkan kenyataan yang senada semuanya berkaitan apa yang telah dilakukan oleh pencacai dan penyokong UMNO berkaitan mengarak kepala lembu semalam. Apakah mufti hendak menjadi penipu dan bacul seperti penipu dan baculnya Muhyiddin Yassin.

Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat

alasan polis junior....polis senior mana...???...duduk bawah klengkang UBN ka...???...Polis mohon maaf, janji bertindak pantas

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.

29 August 2009

Najib Menghina Ramadhan!



Kartika Sari Dewi Shukarno, seorang model yang sebelum ini disabit atas kesalahan minum arak, insaf dan akur dengan hukuman sebat secara Islam ke atasnya. Tiba-tiba, NGO anti Islam khususnya Sister-in-Islam dan NGO pro UMNO menyelar hebat dan menghina-hina undang-undang Islam khususnya sebat yang disifatkan sebagai barbarik dan zalim.

Kartika dan bapanya berkeras memohon agar hukuman diteruskan agar Islam tidak dihina. Najib pula tiba-tiba meminta Kartika agar membuat permohonan dan rayuan membatalkan hukumannya! Apa kesudahan episod ini? Mari lihat 3 kemungkinan:

1. Kartika TIDAK BUAT RAYUAN

Kartika seorang Muslim contoh dari sudut keberanian mempertahankan Islam. Dari seorang pesalah, Allah menaikkan martabatnya di mata penganut Islam (bukan penganut hadhari) apabila KArtika tunduk kepada syariat Islam. Begitulah Allah memuliakan sesiapa yang dikehendaki.

"New strait times,

2009/08/27

SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno has left her fate to the Pahang Religious Affairs Department (Jaip).

Her father Shukarno Mutalib said the 32-year-old part-time model would abide by whatever decision is reached by the relevant authorities (Jaip and the Kuantan Syariah High Court) following the advice of Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria.

“Kartika and I will abide by their decision whether to proceed with the caning after Ramadan or to quash the sentence.

“We just want this matter to be resolved quickly and in an amicable manner without humiliating anyone,” said the 60-year old when met at his house in Kampung Jawang Utara here yesterday.

Najib dan UMNO cukup sedih dan berduka nestapa apabila Kartika tidak membuat rayuan. Logiknya, dalam keadaan ini, kaedah terakhir UMNO atau golongan anti Islam ialah mengarahkan mana-mana hakim syarie yang boleh dikawal mereka, sekiranya ada, agar membuat kenyataan bahawa hukuman sebat bercanggah dengan Islam.

2. Kartika BUAT RAYUAN

Ini tidak mustahil dibawah Najib c4. Bala pun tiba-tiba membuat pengakuan menarik balik Statutory Declarationnnya dulu dalam masa 24 jam lalu hilang. Perak pun boleh dirempuh oleh Najib. Teoh pun boleh mati terkulai. Apa sangatlah bagi Najib atau UMNO untuk memaksa KArtika menarik balik pendiriannya ketika ini.

Jangan lupa ayat Tun Mahathir yang memperlekeh Islam dan menampakkan kedangkalan ilmu agamanya: "Apakah tiada belas kasihan dalam Islam untuk kesalahan kali pertama?".

3. Kartika dijatuhi hukuman

Siater Anti Islam dan UMNO boleh menggunakan peluang ini untuk memburuk burukkan shariah Islam apabila Kartika disebat. Mereka akan menjaja jaja di seluruh dunia mengatakan hukuman Islam itu zalim dan PAS parti ekstremis.

NAjib dan UMNO telah mencemar kemuliaan Ramadhan!

Mulai sekarang, setiap artikel saya akan diakhiri dengan 'PERGI JAHANAM DENGAN UMNO.


dewa

ikut stail monggolia ke..???....Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Mengulas perkara itu juga, Mahfuz berkata ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.

"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri," ujar Naib Presiden PAS itu lagi.

Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Mahfuz yang mengakui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.

"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar," ujarnya.

Pelakon Amatur Dalam Drama Arahan UMNO Selangor

Sejak DS Najib Tun Razak menjadi PM, kita menyaksikan pelbagai drama yang ‘diterbitkan’ oleh beliau hasil lakonan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam kes DS Nizar Jamaludin, SPRM dan surat misterinya yang melibatkan Khir Toyo dalam kes Teoh Bend Hock, Polis dalam terlalu banyak kes menyerang rakyat yang menunjuk rasa di jalanan, SPR dalam kes dakwaan 2000 pengundi hantu oleh Khairy Jamaluddin di Permatang Pasir pada 23 Ogos lalu, dan terkini ialah lakonan beberapa orang pencacai UMNO (melayu) yang mendapat upah beberapa puluh atau ratusan ringgit dengan mengarak kepala lembu ke Pejabat MB Selangor.

Bacalah sedutan berita di bawah ini dan manusia yang waras akan dapat menyimpulkan bahawa ia adalah skrip mudah yang digubah oleh UMNO untuk mencari glamour mereka yang sudah hilang.

“Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.” (28/08/09 - Malaysiakini)

“I challenge YB Khalid, YB Rodziah and Xavier Jeyakumar to go on with the temple construction. I guarantee bloodshed and racial tension will happen if this goes on, and the state will be held responsible,” shouted Ibrahim Haji Sabri amid strong chants of “Allahu Akbar!” (Malaysian Insider)Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu

"Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi."

Apa yang ganjilnya dalam laporan ini? Kenapa kita boleh agak UMNO adalah dalang yang menaja semua kerja kotor ini? Sebab dan rasionalnya mudah sahaja. Jika kita lihat dalam gambar, kita dapat menyatakan bahawa:

1. UMNO lupa untuk mengarahkan pelakonnya supaya tidak memakai songkok, mencukur misai dan menyimpan janggut (atau pakai janggut palsu).

2. Polis sebagaimana biasa menjadi penonton sahaja malah mungkin bertindak bagi memastikan perarakan itu tidak diganggu dan berjalan lancar. Jika ia dilakukan oleh PAS, sudah pasti polis akan menyepak atau menginjak-injak para demonstran tersebut.

3. Contengan kata-kata kesat ke atas Khalid Samad (MP Shah Alam) amat jelas menunjukkan perkataan-perkataan kesat UMNO yang tipikal kepada PAS.

4. Polis buat tak tahu sahaja kepada kata-kata provokasi yang boleh menjerumuskan seseorang ditahan di bawah ISA atau Akta Hasutan seperti yang dilaungkan oleh makhluk yang bernama Ibrahim Hj Sabri yang mengugut untuk melakukan suatu peristiwa pertumpahan darah????...

5. Sepertimana biasa juga, Khairy Jamaluddin terus mengeluarkan kenyataan sepantas kilat mengutuk perarakan tersebut. Sungguh cepat beliau tahu perkara itu. Macamana beliau boleh tahu begitu pantas ya??!!...

6. Kenapa UMNO sibuk membela dan memperjuangkan masjid? Bukankah mereka yang pakar dalam merobohkan masjid dan membataskan aktiviti masjid seperti aktiviti gereja Kristian?

Sepatutnya UMNO perlu meminta nasihat dari pengarah-pengarah drama yang veteran seperti Yusuf Haslam, Prof Madya Maidin atau dari Steven Spielberg sendiri. Kalau tidak, lakonan drama mereka akan kaku, tidak realistic, canggung, banyak kelemahan dan cacat. Cuma penonton yang kolot minda, terencat akal, dungu dan baru keluar dari hutan sahaja yang akan percaya dan terpengaruh kepada drama pandir arahan UMNO Selangor ini.


umnopenipu

SPRM dan Polis Kaki Pukul? Biasalah...

Peguam bakal dedah bukti SPRM dera saksi. Apa nak hairan?




Sudah menjadi resam setiap kali muncul kes yang melibatkan mereka yang berkuasa tidak kira sama ada kes besar atau kecil, kes rasuah, kes yang melibatkan kematian, kes pencurian pasti akan perlahan-lahan lenyap seolah kejadian tersebut tidak pernah berlaku.

Beratus kematian dicatatkan dibawah tahanan polis dan baru baru ini kita dikejutkan kematian Kugen dan juga juga kematian Teoh dibawah tahanan SPRM.

Method yang didakwa digunapakai oleh SPRM bagi mengambil keterangan kes dikatakan keras dan dakwaan sehingga ada yang menggunakkan besi untuk memukul.




Tetapi adakah ini suatu perkara yang pelik bagi anda? Persoalannya adakah cuma pihak SPRM sahaja yang menggunakan method yang sedemikian dalam mendapatkan keterangan saksi?

Apa yang akan saya catatkan merupakan senario dan proses yang saya fikir biasa yang perlu dilalui oleh orang yang ditangkap atau didakwa yang berada didalam tahanan Polis mahupun Penjara. Layanan yang mereka bakal terima berbeza-beza bergantung kepada kes dan juga sokongan kewangan yang mereka perolehi dari pihak keluarga.

Misalnya seseorang yang ditahan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri akan dibawa kebalai bersama barang bukti, kemudian akan diletakkan didalam lokap sehingga keesokkan hari. Bagi mereka yang mempunyai duit dapatlah menikmati makanan luar yang lazat dan rokok yang berharga RM50 sekotak. Bagi mereka yang ditangkap kes dadah pula, jika mempunyai wang, mereka dapat menukar keputusan air kencing dengan mudah. Bagi mereka yang tiada wang, terpaksa bermalam di Hotel California atau lebih dikenali sebagai lokap. Pada keesokkan hari mereka akan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Setelah itu mereka akan pulang semula ke lokap.

Hari ketiga biasanya mereka akan dibawa keluar untuk diambil keterangan oleh IO (Investigating Officer) Ketika waktu inilah mereka yang ditangkap akan merasai melalui seolah berada di neraka dunia.

Adakah saya keterlaluan? anda nilai sendiri.

Jika anda pergi kemana-mana Balai Polis terutamanya Ibu Pejabat Polis, jika anda pergi ke bilik tempat mengambil keterangan pasti akan akan temui suatu rak atau almari khas tempat tersimpan segala peralatan yang sangat membantu mereka dalam mendapatkan keterangan daripada orang yang didakwa. Tak percaya? kalau anda punya keberanian pergilah periksa.


Sepatutnya wartawan Al-Islam yang menceroboh gereja itu mengunakkan keberanian dia untuk masuk ke setiap balai untuk memeriksa kesahihan laporan dan penulisan ini.

Peralatan dan method yang biasanya digunakan bergantung kepada kretiviti IO kes masing-masing. Mereka yang ditahan kes curi terutamanya terpaksa mengakui beberapa kes lain walaupun kes tersebut bukan dilakukan oleh mereka. Disebabkan diasak dan tidak tahan dipukul dan diseksa, akhirnya mereka terpaksa mengakui kesalahan orang lain. Yang menyedihkan mereka terpaksa menjalani hukuman bukan diatas kesalahan mereka. Tidak hairanlah dikatakan Polis Malaysia diantara Polis yang terbaik didunia dalam menyelesaikan sebarang kes.

Tiub getah untuk dilibas dibawah tapak kaki dan bahagian belakang badan dengan perlahan tetapi tanpa henti untuk mengelakkan kesan ketara tetapi menghasilkan impak yang menyakitkan. Lilin untuk dititik ditempat-tempat yang sensitif termasuk kemaluan, besi dan kayu digunakan untuk memukul perut sehingga senak (tetapi cara ini tidak berapa glamour dan menyeronokkan), rotan pelbagai saiz dan kadang-kadang rotan kerusi lama juga digunakan dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanpun saya mengambil keputusan untuk memecahkan penulisan ini kepada beberapa bahagian memandangkan ia melibatkan proses yang panjang sehingga pesalah tersebut dibebaskan dari penjara.


http://www.youtube.com/watch?v=jYbaveZ0NYY&eurl=http%3A%2F%2Fdemokrazi.blogspot.com%2F&feature=player_embedded

Hafiz Ismail

UMNO dulu petaka babi sekarang petaka otak lembu....!!!


HA HA HA HA HA....UMNO DAPAT PETAKA LEMBU....DULU PETAKA BABI...SEKARANG LEMBU..OTAK BABI +LEMBU=LEMBI....TGK TU...DIA ORANG SEBENARNYA ARAK KEPALA HARAMJADAH UMNO...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Apa yang dibuat serba tak kena. Apa dah jadi? Setiap sentuhan Umno kebelakangan berkesudahan dengan petaka berpanjangan. Sangkanya melakukan sesuatu akan mendapat simpati tetapi berakhir dengan seburuk-buruk penghinaan.

Harapan menggunung untuk mendapat pengiktirafan terhadap pelan dan perbuatannnya sebaliknya kutukan dan ejekan serendah-rendahnya yang diterima. Begitulah apa yang terjadi dengan setiap sentuhan Umno sekarang. Sentuhan kecundang penuh dengan kemusnahan.

Kalau tidak kekalahan yang diterima, malapetaka berpanjangan menjelma. Itulah yang terjadi kepada segala pelan segala tindakan tidak kira daripada penyokong mahu pun pendokong Umno kebelakangan ini.

Sikap Kluk Klek macam Lok Lik ini dilabelkan sebagai “Dok Makang sSamang” di Terengganu Lening. Lembu tidak bodoh, tetapi yang bodohnya ialah perbuatan penyokong Umno yang sangka mereka mengheret kepala lembu membangkang pembinaan kuil adalah satu perbuatan cerdik.

Kalau di PRK Permatang Pasir, Umno menggunakan Adun PKR untuk berkempan. Sebaliknya di seksyen 19 dan 23 Umno menggunakan kepala Lembu pulak sebagai bahan kempen. Tak ade ke menteri yang mahu kemuka dan menafikan pembabitan Umno dalam menggunakan kepala lembu untuk kepentingan parti?

Kalau demonstrasi itu dilakukan oleh kumpulan pembangkang, sebelum keluar rumah polis sudah pun bertindak. Kenapa polis hanya memerhatikan sahaja mereka yang memperbodohkan diri melakukan demonstrasi sehingga Perdana Menteri terpaksa campur tangan dengan mengarahkan ketua Polis Negara mengambil tindakan segera. (Pecah Bol, maknanya tangkapan semasa demonstrasi sebelum ini, inikah yang berlaku)

Tidakkah seeloknya sebelum sesuatu tindakan bersabit agama Hadhari terlebih dahulu dirujuk kepada pihak berwajib? Apa guna melantik Tun Abdullah Badawi sebagai Penasihat IKIM jika nasihat beliau dalam bab-bab lembu. Atau pun menghubungi Mantan Tun Dr M yang penah bersembahyang di dalam Kaabah untuk meminta syafaatnya mengenai perbuatan ini?

Sekarang yang bodoh bukannya lembu tetapi Umno....sinar harian


penyapu sial

memang sial ...bila pulis dan menteri2 haramjadah umno aka UBN terlibat sama dalam konspirasi  sandiwara otak lembu  ini...dah jelas memang mereka ini terlibat...tu pasal pulis barua cuma tgk aje...tak buat apa apa...!!....sedangkan  baru cetak gambar kartun dah di ambil tindakan....riuh 1 monggolia di buatnya....

malaysia bolehhhhh................merdekaaaa..!!!! merdekaaaa..!!!!...................monggoliaaaaaaaaaaaa...!!!!

UMNO CUBA CETUSKAN KETEGANGAN KAUM....PKR


Parti Keadilan Rakyat dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan pada malam ini, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangannya, Sdri Latheefa Koya antata lain juga menyebut bahawa tindakan mereka ini jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

“Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.

“Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.”

Dalam kenyataan itu juga PKR yakin bahawa tindakan mengarak kepala lembu itu adalah satu provakasi dan cubaan menghuru-harakan hubungan umat Islam dan masyarakat Hindu. Suasana huru hara yang terhasil seterusnya akan dimanfaati oleh UMNO untuk merampas balik Selangor.

“Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.”



Berikut merupakan kenyataan penuh

-–28 Ogos 2009—

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat.

sendili bikin rencana sendili kutuk....apa punya otak lembu yang depa pakai...!!!



ko orang nampak tak sepanduk sebelah kiri walaupun perkataannya terlindung tapi dah pasti bunyinya " takebeer"....dah tentu kita tau sape punya angkara...kalau tak puak yg suka minum beer tapi belagak nak jadi pejuang anti beer....poodahhhh...!!!!



Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.

"Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.

"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," katanya.

Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak.

"Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain," tambahnya.


Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut barangkali akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu.

"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran?


"Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?" soalnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.

"Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.

"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy.


penyapu sial

jadi lembu jadi baik dari pakai otak lembu....ini otak lembu barisan najis dah kena virus selsema babi...tu meracau tak memasal...apakah lembu depa semua ni sampai tak boleh berfikir dgn betul...!!!!!..bingai..!!!

otak babi tak akan nak tukaq jadi otak lembu pulak...!!!!..he he he...

Gerombolan Otak Lembu Arak Kepala Lembu

cow headcow-head


Dinding dan saluran paip diconteng perkataan merah “Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa”, “bantahan kuil” serta “jangan main gila” dan perkataan hijau pula “jangan main api”.

Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut.

“Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno.

“Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno,” katanya.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian.

“Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka

28 August 2009

ADUN KOTA SEPUTEH & LUNAS MESTI LETAK JAWATAN

Dua orang Wakil Rakyat di Kedah iaitu ADUN Kota Seputeh dan ADUN Lunas wajar meletakkan jawatan jika mereka berdua benar-benar bermaruah.

Mereka berdua telah melakukan kesalahan dari segi perlembagaan negeri dan integriti seseorang calon.

ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sharif seolah-olah tidak berminat untuk meneruskan tugasnya sehingga tanggungjawab asasinya sebagai Wakil Rakyat iaitu menghadiri sidang DUN diabaikan oleh beliau begitu sahaja tanpa sebarang makluman. Jelas sekali beliau telah mensia-sia harapan rakyat di Kota Seputeh dan lebih bayar dari itu beliau telah melanggar perlembagaan negeri. Dari itu jelas sekali beliau wajar meletakkan jawatan sebagai ADUN.

ADUN Lunas, Md Razhi Salleh juga mesti meletakkan jawatan kerana kemenangannya pada PRU 2008 adalah disebabkan rakyat mahukan PKR bukannya kerana batang tubuhnya. Kemenangan beliau adalah kerana beliau bertanding atas tiket PKR. Oleh itu apabila beliau keluar dari PKR maka sewajibnya beliau meletakkan jawatan kerana rakyat mahukan wakil rakyat dari PKR bukan bebas atau BN.

Tidak syak lagi kedua-dua ini wajar melepaskan jawatan masing-masing jika mereka masih ada harga diri.


sofi wahab

shah-ji-lat menentang hukuman sebat


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti , Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hukuman sebat dan denda maksimum yang dikenakan ke atas model sambilan itu atas kesalahan minum arak tidak merendahkan kredibiliti Mahkamah Syariah.

“Saya kesal apabila kes ini mendapat perhatian pihak media antarabanga yang menggambarkan seolah-olah syariah di negara ini menzalimi semua wanita. Baca seterusnya di sini

Berikut adalah pandangan Shahrizat seterusnya :

  • Beliau menyifatkan hukuman maksimum yang dijatuhkan ke atas Kartika adalah satu hukuman yang boleh dikatakan keterlaluan,"
  • Saya amat terkilan dalam menegakkan syariat Islam, kita mesti bijaksana, mesti adil dan saksama dan dengan belas kasihan.
  • Saya khuatir undang-undang sebegini dikuatkuasa kerana beliau seorang wanita... Kalau nak mengajar pesalah, tidak boleh aibkan, apalagi kalau dia wanita.
  • Saya tidak mahu kes ini dilihat sebagai kes duluan (untuk kes seterusnya).

Ternyata, Shahrizat menentang hukuman tersebut.Kenyataan awalnya hanyalah berupa dolak dalih supaya beliau tidak dianggap sebagai penentang hukum syariah.

Hukuman maksimum 6 sebatan yang diperuntukan dalam enakmen syariah sedia ada itu apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan hukuman sebenar dalam Islam iaitu antara 40 hingga ke 80 sebatan

MCA sudah... MIC pula akan ikut..

Salam Sejahtera...

Ha ha... rakan kongsi UMNO, MCA hari ini dah mula membuat ketetapan drastik dengan memecat hero DVD Chua Soi Lek....kira OK lah,,, tak ada pula puak-puak UMNO nak bising macam mereka dok bising kat EXCO Wanita Cina Selangor yang diambil gambarnya sewaktu tidur....., apa pun aku puji MCA dengan sikap ketelusan mereka tak seperti UMNO macam mana perangai pemimpin mereka pun tak kisah yang penting ahli dan penyokong masyuuukk... Presiden haprak pun tak apa...peduli apa.... oiii malu la sikit kat Cina ... apa punya Melayu UMNO oii...

Berita terbaharu satu parti komponen BN yang seiras perangai, jati diri dan segala-galanya dengan UMNO iaitu MIC pulak... Nampaknya Presiden MIC Anney Sam nak suruh ahli-ahlinya ikut cakapnya, jangan lawan... ikut smpai ujung... bila ada seorang ahlinya yang juga anak didiknya (blue boy) dah lawan tokew.... Hooo tambey yang dalam gambar ni dah nak jadi hero tamil yooo, sekarang Bro Anney Sam dah memutus hubungan dengan Sothinathan...... baguih... baguihh... DI SINI

Maka di sini aku menyeru kepada semua pembaca marilah sama-sama kita mendoakan agar semua parti-parti komponen Barisan Najis UMNO terutamanya diTerengganu dah nak meletup... MCA dah meletup.... MIC juga akan meletup... maka PRU13 nanti ISLAM akan dapat ditegakkan.....INSYAALLAH....


manjongmari

Rosol Akui Perpecahan UMNO Terengganu




PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti, memetik laporan harakahdaily.

Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.

TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.

Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."

Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.

Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.

Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.

12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Selepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.

Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.(gambar atas)

Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.

Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau.


greenboc

kartun dalam negeri (KDN) yang buta warna....!!!




galemer kah ini sampai  Jadik Pilihan..???

















YANG MACAM NIE TAK NAK RAMPAS Kaaa....kira halal ka...atau najib dan segala sukusakat  kaki maksiat suka...!!!!

NAJIB BELA PENDATANG ASING SELAMATKAN KARIER POLITIKNYA...!!!


Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.

Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.

Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.

Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih.

Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk.

Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum.

Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki.

Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.

Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran.

Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina.

Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.

Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas.

Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu.

Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.

Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka.

Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut.

Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.

Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah".

"Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung.

"Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.

"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya.

Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.

"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy.

Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut.

"Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.

Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing.

Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.

"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa.

"Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.

Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu.

"Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno.

Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.

Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak

tvantara