Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor membuktikan kepada rakyat bahawa parti terbabit tidak menerima kepimpinan anggota sendiri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkomen bahawa banyak isu yang semakin menjadi-jadi dalam parti itu.
Muhyiddin berkata ketiadaan kesepakatan di bawah pimpinan PKR menjejaskan pentadbiran negeri dan seterusnya, hanya akan merugikan rakyat. Isu terbabit harus menjadi pengajaran kepada rakyat.
Bagi negeri Selangor, kegagalan parti untuk mentadbir negeri akan menyebabkan pentadbiran kurang lancar serta 'terbantut' kemajuannya. Muhyiddin mengeluarkan kenyataan terbabit berikutan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor menggantikan Abdul Khalid.
penyapu sial
alahhhhh tan sri muhiddin yasin ini,macam lah parti dalam kompenen dia tidak bergolak....
inilah satu-satunya DPM yang angkuh dan sombong bercakap besar berlagak macam lah Malaysia ini bapa
dia yang punya...
kat rantau panjang ape yg best ek?
ReplyDelete