ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 April 2010

NIE KE MALAUN NAK BUNUH NIK AZIZ.....HA HA HA...NILAI KEPALA DIA LEBIH JIJIK DARI NILAI KEPALA LEMBU....

Pemuda UMNOGOK NIE nak   Bunuh TGNA..!




ada sesape  teringin nak penggal kepala dia tak....gua gerenti itu polis babi dan pukimak laju aje  nak buat kerja....biase la....jadi anjing UMNO....makan gaji buta tapi kena  tuan dia ....bingkas aje menerpa... .....mana ada maruah..kan kan kan

nampaknya UMNO cuba pijak dan kencing atas kepala sultan lagi.......tengok ayat ...kepada siapa yang di maksudkan...dan siapa penasihat hamlau yang bagi idea macam tu....

Jangan datang ke Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri itu.

Titah baginda, jika ingin datang ke Selangor, mereka perlu mematuhi dan menghormati segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.

‘‘Rakyat harus maklum beta tidak menghalang rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki.

“Bagaimanapun mereka hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang di sini dan tidak mempertikaikannya kerana ia diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin yang dulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja Klang di Kampung Jawa di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Titah Sultan Sharafuddin, larangan penggunaan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat berpolitik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.

Baginda menjelaskan, ini kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Titah baginda lagi, sekiranya masjid dan surau dibiar digunakan sebagai pentas kempen politik, dikhuatiri ia akan disalah guna dan dicemari dengan perbuatan mencaci serta memfitnah yang akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di Selangor.

‘‘Beta menjelaskan ini kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik dan menganggapnya karut serta sebagai peninggalan penjajah,” titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah, pada zaman Rasulullah, masjid digunakan untuk menyedarkan dan menyeru umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana pada ketika itu mereka diancam dan diserang musuh.

Titah baginda, masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk berlindung dan Rasullullah tidak pernah menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

‘‘Justeru, adalah tidak munasabah membandingkan peranan Rasulullah menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebar agenda politik masing-masing.

‘‘Pada zaman Rasulullah juga tidak ada kemudahan-kemudahan lain untuk berceramah mengenai politik seperti stadium, balai raya, pusat konvensyen dan juga dewan serbaguna.

‘‘Berceramah di tempat-tempat tersebut dan jangan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah politik,” titah baginda.


utusan  meloya

Umno cuba heret istana untuk runtuhkan kerajaan PR

Hari ini Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.

Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung) .

Keadaan itu tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh Umno terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti Umno -Harusani Zakaria.

Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak).

TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid.

Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala Umno yang mewarisi sekular menolak politik Islam.

TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian.

Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah pilitik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan.

Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor.

Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi Umno menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana.

PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana.

Sasaran kerja Umno adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru.... Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya.

kita nak tengok berapa laju polis polis barua UMNO buat kerja......

Ugutan Bunuh Nik Aziz






































Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz telah menerima ancaman bunuh dalam satu ruangan perbincangan di Facebook.

"Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.

Salman dalam blognya menjelaskan Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku sebagai graduan UITM membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di ruangan perbincangan di Facebook.

"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi," tulis lelaki yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi dalam ruangan facebook.

Selain itu Mohd Hilmi juga menulis dalam ruangan komen di facebook itu yang berbunyi 'senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu'.

Herman dalam blognya menengaskan pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri perlu membuat laporan polis.

"Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakkan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa," kata beliau.

Beliau berkata Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makluk sebiadap ini.

"Saya dapati laman facebook beliau sudah ditutup. Tapi ini maklumat yang saya sempat ambil.

"Harap disiasat kerana kita tidak boleh memandang kecil hal ini. Jika dibiarkan nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan yang serupa," jelas Herman yang menunjukkan wall lelaki yang membuat ugutan itu.

blogger kampungan tengik dan haprak di cabar jadi ahli UMNO....

Operasi saraf RM4 juta: PAS dakwa Kickdefella diupah Umno























mamat poyo nih tengah hisap cerut ke atau hisap candu....kalau hisap cerut tak akan lah merapu macam orang pekena candu....!!!!

PAS Kelantan menganggap blogger Kickdefella, yang mendakwa telah dibiayai RM4 juta parti itu untuk memburukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri, sebagai “budak upahan dan suruhan Umno.”

“Dia macam budak-budak, blogger kampung sahaja... jadi bukan standard parti (PAS) untuk membincangkan isu ini (pendedahan Kickdefella)... bukan standard kami,” kata Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di Kota Baru.

Beliau menolak PAS Kelantan akan membincangkan isu berkenaan.

Sehubungan itu beliau mencabar Kickdefella, nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz supaya menyertai Umno dan berhadapan dengan PAS atas nama parti, bukannya sebagai “budak suruhan Umno.”

“Kickdefella hanya mahu dapatkan publisiti murahan. Kita cabar dia mendaftar sebagai ahli Umno, maka kita boleh lawan atas nama parti,” katanya.

Zaki yang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran mengulas tulisan blog Syed Azidi, yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri.

Menurut Syed Azidi, usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf.

Beliau menambah, usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990.

Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.

“Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operasi, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan Operasi Gerak Saraf.

“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya.

“Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?” soal beliau.

Mengulas soal pembiayaan RM4 juta pula, Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, PAS tidak akan menggunakan wang untuk berhadapan dengan Umno dan BN.

“Kita tidak guna duit untuk menjatuhkan parti tetapi menghadapi Umno, BN atas nama dasar perjuangan, bukannya wang... kita tidak pernah gunakan wang,” katanya.

“PAS parti yang sudah lama ditubuhkan, bergerak sejak 1951, kami tiada duit, kami pun tidak perlu menggunakan duit untuk melawan,” katanya lagi.

Zaki juga menambah, Syed Azidi, yang pernah dianggap sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sengaja mahu “melaga-lagakan pemimpin” PAS negeri dengan membuat dakwaan-dakwaan seperti itu menerusi blognya.

sumber.....themalaysianinsider

Remaja mati : Panel khas ditubuhkan

Kementerian Dalam Negeri mewujudkan satu panel khas bagi menyiasat kes seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis Isnin lepas di Shah Alam. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan panel tersebut diketuai oleh Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop. Beliau menegaskan siasatan akan dijalankan dalam semua aspek dan semua fakta tidak disembunyikan. "Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun, justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.


"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian," katanya.



penyapu sial


Inilah hadiah buat pengundi yang memenangkan BeEnd. Mereka akan bertindak lebih samseng, lebih gampang selepas ni.

Mula2 dirompak rakyat, ditindas, dikonkong, diancam. Sekarang dah sampai tahap paling kronik, rakyat pulak dibunuh. Ambik lagi penasihat Yahudi...

ADA OTAK TAK MAU PIKIR........ADA MATA TENGOK LIAR.........ADA SENJATA TEMBAK MEMb**iBUTA, GANAS SUNGGUH POLIS MALAYSIA.

Kes budak perempuan yang bernama norizan, kena tembak, kena belasah, pijak dan terajang oleh polis tak habis lagi. dah timbul cerita baru. kesian budak tu kena tembak dari belakang sampai berlobang kepala dia. Kes kugan kena belasah tak ada yang kena hukum lagi, kesian budah mati sia-sia di usia muda tu. Bagus ke polis macam ni. Suruh je dia orang duduk kat simpang-simpang dan tahan motor. Tak cukup syarat minta je 10 atau 20 ringgit buat duit lauk. Heeeee tak akan ada keturunan aku jadi polis selagi United malay no otak memerintah.

padahnya bila polis berlagak ala mafia....dan ketua polis yang di lantik mempunyai etika samseng....!!!!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.

Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata... senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.

Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini. -mk



Prosedur menembak perlu diperbetulkan. Di dalam kes yang menimpa adik Aminulrayid Amzah dan Norizan Salleh, jelas menunjukkan bahawa polis telah melepaskan tembakan secara wewenangan TANPA benar-benar pasti mereka adalah penjenayah.

Ada banyak kaedah lain yang boleh digunakan. Mengapa polis tidak menembak tayar kereta misalnya, tetapi terus menerus menembak figur manusia di dalam kenderaan?

Apakah modus operandi sedemikian dilakukan selama ini dengan kemudiannya mengisytiharkan simati adalah "penjenayah yang dikehendaki yang mempunyai rekod jenayah sekian-sekian banyak" untuk melepaskan polis daripada bertanggungjawab tanpa perlu membawa kes itu ke mahkamah lantaran mangsa sudah tiada lagi?

Masyarakat agak terperanjat dengan jawapan biadab Ketua Polis Negara seperti dilaporkan di atas. Pihak polis dibayar gaji oleh rakyat untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan jenayah tetapi sebaliknya. Yang rakyat inginkan ialah supaya polis berlaku benar dan professional di dalam menjalankan tugas kamu sebagai anggota polis.

Mungkinkah ini akibatnya dengan melantik orang yang berlagak sombong dan tak reti menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara?

Tan Sri Musa Hassan perlu menghormati suara rakyat dan kes ini telah dibawa dan disuarakan sehingga ke peringkat parlimen. Beliau juga perlu menghormati kabinet kerana kes ini juga telah pun dibawa ke kabinet.

Kabinet perlu tegas dengan menganggil Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Selangor yang telah membuat kenyataan memperlekehkan suara rakyat apabila mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melulu dan seolah-olah menunjukkan bahawa tiada yang lebih berkuasa di dalam negara selain polis.

mereka ini  tidak mengendahkan lansung mutu kerja yang professional tetapi mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu kes iaitu TEMBAK  SAMPAI MATI....!

sabotaj dalaman MCA dan PERKOSA menjadi faktor pengundi cina menolak BN

Keputusan memalukan: MCA siasat 'sabotaj'


Unsur sabotaj di kalangan anggota MCA merupakan antara faktor menyebabkan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata unsur sabotaj itu berlaku ketika beliau turun padang ke pekan Kuala Kubu Baharu pada hari pengundian dan mendapati tiada ahli dari dua cawangan MCA di situ membantu meraih undi di pusat pengundian di situ.

"Ia mungkin menjadi salah satu faktor kerana sekiranya mereka tidak datang dan membantu, saya fikir mereka juga tidak mengundi kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Berikutan insiden itu, Dr Chua telah mengarahkan setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha, yang juga ketua penyelaras MCA pusat bagi pilihan raya kecil itu, menyiapkan satu laporan dan analisis berkaitan keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Katanya parti itu akan membincangkan tindakan susulan selepas menerima laporan itu dalam tempoh masa tiga minggu.

BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum terakhir pada 2008, 35 peratus masyarakat Cina menyokong BN tetapi merosot kepada 28 peratus pada pilihan raya kecil itu.

Ditanya mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bahawa MCA sebenarnya telah ditolak pengundi Cina sejak pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Chua berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berhak berkata apa sahaja.

Sebelum ini Dr Chua menyalahkan kewujudan pertubuhan seperti PERKASA dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang didakwa kurang sensitif, menyebabkan calon BN tidak disokong pengundi Cina.

salah guna kuasa dan campurtangan yang melampau......lagi penerbit TV jadi mangsa politik kekampungan BN

Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik

Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.

Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.

Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Chou sebaliknya dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara 'pada masa yang sesuai'.

Dakwaan Chou itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.

Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.

'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?

Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.

"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.

"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.

Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.

"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.

Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.

Namun jawapan yang diberikan oleh pemimpin MCA itu ialah pihaknya tidak akan campurtangan dalam hal ehwal RTM.

Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas

29 April 2010

Khir Toyo Tiup Api Perkauman dan konsep 1 malaysia barua 1 israel yang menipu.....




Datuk Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya supaya Barisan Nasional (BN) menyemak semula dasar kerajaan terhadap kaum Cina di Selangor susulan pendirian kaum itu yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu dikritik.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Chang Ko Youn berkata, komen yang dikeluarkan Khir adalah tidak bertanggungjawab dan berunsur perkauman serta boleh menimbulkan salah faham orang-ramai.

Menurutnya, kenyataan tersebut seolah-olah mempersoalkan demokratik Malaysia iaitu bebas memilih dan membuat undian terhadap calon mana yang dikehendaki jelas sekali menentang konsep 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Khir bukan sahabat BN apabila cuba membangkitkan sentimen perkauman yang tidak baik untuk masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Tumpuan pengundi Cina di Hulu Selangor yang lebih berpihak kepada parti pembangkang tidak wajar dijadikan isu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Ko Youn berkata, semua pemimpin BN seharusnya membantu Perdana Menteri menjaga perbuatan dan kata-kata dalam menunaikan wawasan 1Malaysia kerana apa yang dinyatakan Khir boleh menjejaskan kredibiliti BN sebagai parti yang mewakili semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini adalah masa untuk kepimpinan BN bekerjasama sebagai satu pasukan memahami masalah kaum Cina sekali gus mendapatkan semula keyakinan dan sokongan mereka.

“Sikap menuding jari dan menuduh mana-mana parti atau komuniti hanya akan memburukkan keadaan yang langsung tidak membawa kebaikan kepada negara,” katanya.

Khir, dalam blognya mendakwa dasar Kerajaan Negeri di Selangor yang bergantung pada kuasa orang Cina perlu diberi perhatian dan dinilai kerajaan hari ini agar pengorbanan pengundi Melayu dan India dihargai.

Menurutnya yang merujuk kepada PRK Hulu Selangor, kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan Rakyat bukan bersandarkan isu pembangunan dan polisi sebaliknya ramai rakyat Selangor beranggapan yang menguasai kerajaan hari ini adalah DAP manakala Menteri Besar sekadar pembuat kenyataan bukan keputusan.

“Saya berharap Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India,” katanya. -SH


Slogan 1Malaysia hanya satu fantasi, satu penipuan. Hakikatnya minda pemimpin-pemimpin UMNO masih terkepung dengan semangat nasionalisma sempit dan berpegang kepada konsep assabiyah yang hanya memperjuangan "keris"nya.

Islam telah lama kuburkan fahaman assabiyah yang kini bangkai assabiyah itu dipikul oleh UMNO. Perjuangan PERKASA dan tulisan Khir Toyo adalah manifestasi dari perjuangan kebangsaan sempit itu yang diberikan "endorsement" oleh pemimpin tertinggi UMNO BN.

Slogan I Malaysia UMNO hanyalah satu replika kepada 1 Israel, tidak lebih dari itu.

LAIN ORANG MENCURI LAIN ORANG PULAK DI KASI PAKSA BERHENTI....!!!!

Enjin Jet Hilang : Jeneral, Empat Pegawai saman ATM RM5 juta




Seorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini.

Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat.


Namun, Brigadier-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab dan empat pegawai senior lain - Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kolonel Mohamad Sani Sumarnak telah mengadu, mereka dipaksa supaya bersara berkait isu tersebut, kata peguam Mohammad Zalil.

"Majlis tersebut telah meminta mereka memberikan keterangan untuk menjawab tuduhan salah laku dan kelalaian atas kecurian yang berlaku pada tahun 2007, mereka memberikan keterangan dan menafikan segala tuduhan tetapi kemudian mereka dipaksa bersara," kata Zalil.

Menurut Zalil, kelima-lima pegawai ATM menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta kerana mereka merasakan pemberhentian mereka membawa maksud tersirat, bahawa mereka telah menipu kerajaan

Kes saman tersebut akan didengar di mahkamah pada 21 April, katanya.

Kerajaan Malaysia menghadapi pelbagai kritikan dan tuduhan amalan rasuah selepas dua enjin F-5E jet Northrop dilaporkan dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007 dan dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat Amerika Selatan.


Kedua-dua enjin tersebut dikesan, dihantar ke Uruguay pada bulan Februari dan pihak berwajib berkata mereka sedang mengusahakan untuk membawanya pulang ke Malaysia

Beberapa Negara yang menghadapi sekatan senjata AS termasuk Iran, Sudan dan Venezuela, memiliki pesawat pejuang F-5 yang menggunakan enjin lama.

Jet pejuang tersebut terbang buat pertama kalinya pada tahun 1963 dan syarikat pengeluarnya Northrop telah menghentikan pengeluaran sejak tahun 1989.

Ayam Sabung Najib Dapat Habuan....ha ha ha....senator kepala hotak....berkotak kotak....




Perlantikan mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam Mohd Nor sebagai Senator adalah ganjaran kepada serangan politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak 10 pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.

Di sifatkan Ezam tidak mempunyai kredibiliti dan wibawa untuk dilantik sebagai senator dan ini menjejas dan mencemarkan institusi negara dan bertentangan dengan perlembagaan negara kerana beliau tidak ada jasa kepada rakyat dan negara ini.

Pada saya, ini bentuk suapan dan habuan politik hasil serangan bertubi-tubi beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbukti Ezam merupakan ayam sabung kepada Datuk Seri Najib Razak

Menurut laporan portal berita The Star Online, Ezam merupakan salah seorang dari empat yang lain dilantik sebagai Senator termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

raja sesumpah dengan kotak kotak akhir dapat jadi senator kotak.....yang tak ada otak....!!!!!

Doa Laknat Kepada Ezam Soros Di Hadapan Kaabah Sempena Perlantikan Sebagai Senator.

Malunya saya kalau saya ini seorang manusia bermaruah. Tapi manusia bernama Ezam Mat Nor adalah seorang manusia yang tidak bermaruah. Sebab itu dia tidak malu menerima tawaran jawatan Senator dari parti yang pernah beliau keji dan nista.

Lebih menghairankan adalah :

"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”?

Adakah Ezam Soros seorang yang pernah berjuang di perbatasan sehingga berjaya menyelamatkan negara dari ditakluk musuh? Adakah Ezam Soros seorang teknokrat yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan dan keupayaan beliau? Adakah beliau seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik negara.

Pengalaman Ezam dalam politik negara tidak lain adalah mengutuk dan menista UMNO sewaktu Ezam Soros berada dalam PKR dahulu. Tidak lain dari itu. Jawatan Senator diberikan kepada orang yang tidak bermaruah seperti Ezam Soros.

Ezam juga masih belum menjawab cabaran Raja Petra Kamaruddin. Yakni Ezam telah mendapat Rm20 juta dari Soros atas nama kempen membebaskan Anwar Ibrahim. Atas sebab itulah saya memanggil beliau “Ezam Soros”. Seeloknya Ezam membersihkan nama beliau dari cabaran terbuka Raja Petra ini kepada beliau memandangkan Raja Petra bercadang untuk mendedahkan bukti kalau Ezam terus berdiam diri.

JASA EZAM ADALAH MEMBELI PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR?

Mengikut maklumat yang saya dapat dari dalaman UMNO, itulah jasa sebenar Ezam Soros. Kerja-kerja perginya orang seperti Halili Rahmat dan beberapa pimpinan PKR termasuk di Perak yang menyebabkan jatuh kerajaan PR di Perak adalah hasil kerja tangan Ezam Soros.

Untungnya jadi Ezam. Sudahlah berjuta duit Soros dia dapat. Sekarang dapat pulak tawaran Senator dari parti dia maki dulu. Cuba bayang bagaimana Ezam dapat beli bangle di kawasan yang mahal di Shah Alam di waktu Ezam masih Ketua Pemuda PKR dahulu? Mana dia dapat duit. Saya sendiri pun terkial-kial nak bayar duit rumah dalam keadaan ada kerja tetap, tapi Ezam dapat beli rumah Banglo mahal dalam keadaan tiada kerja.

Saya antara yang menjadi peminat Ezam dan mempercayai cakap Ezam bahawa UMNO ini korup, sudah tidak dapat dibersihkan lagi, jahat dan sebagainya.

Tapi depan mata saya Ezam Soros telah berbohong kepada saya. Oleh sebab itu saya SUMPAH Ezam Soros kerana berbohong kepada saya dahulu.

Saya telah meminta kawan saya yang berada di Mekah untuk berdoa di hadapan Kaabah bagi pihak saya supaya Allah SWT mengutuk dan menurunkan bala kepada manusia bernama Ezam Mat Nor ini di atas pembohongan dan pengkhianatan beliau kepada kami penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Tindakan Ezam Soros ini amat buruk kepada generasi masa hadapan. KAlau tidak diambil tindakan, ia akan membenarkan tindakan khianat dan pembohongan atas dasar kepentingan pribadi dan keduniaan.

Fakta adalah sehingga hari ini Ezam Soros TIADA BUKTI apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ezam tiada bukti bahawa Anwar telah bertindak zalim atau menyeleweng walau sedikit pun. Ertinya kemasukan Ezam Soros ke dalam UMNO tiada sebab musabab yang kukuh dan jauh sekali atas dasar syariat Islam.

Jangan takut wahai Ezam, kalau kamu tidak bersalah nescaya Allah SWT tidak akan menurunkan bala ke atas kamu. Saya lakukan ini supaya perangai Ezam ini tidak diikuti oleh generasi masa depan.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi


Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator
Apr 28, 10 6:32pm


Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.

Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Rasuah 10 Bilion Setahun,....di mana ketelusan SPRM....????

kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.

10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat 'gulai' bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.

yang di persoalkan  bagaimana  prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.

Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.

rakyat  berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.

Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf 'sampah' atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.

Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri. Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.

seluruh  rakyat di harapkan  membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

BN-APCO SEMAKIN TERLINGKUP.....PERKASA TERUS PERKOSA MCA....!!!!!

Petanda BN Semakin Hancur: Perkasa Terus Berperang Dengan MCA


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran orang Melayu tidak akan mengundi calon-calon yang diletakkan oleh MCA dalam pilihan raya umum akan datang.

“(Oleh itu) mungkin MCA boleh menyalahkan Perkasa (kelak),” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mendakwa MCA menggunakan Perkasa sebagai “kambing hitam” untuk menjustifikasikan kemerosotan sokongan pengundi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor Ahad lalu.

“Sebenarnya isu video, masalah dalaman dan tidak berkhidmat kepada rakyat merupakan faktor mengapa masyarakat Cina tidak mengundi BN.

“Mereka membenci sangat MCA, MCA yang harus dipersalahkan... jadi mengapa mempersalahkan Perkasa... apa yang istimewa sangat dengan Perkasa” kata beliau lagi sambil menambah, pengundi Cina sudah mula membenci MCA sebelum kelahiran Perkasa.

Ketika Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa bulan lalu, Ibrahim juga memberi amaran bahawa sesiapa yang memusuhi Perkasa tidak akan mendapat sokongan badan bukan kerajaan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, MCA menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, kenyataan beliau itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.

“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,” katanya.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika BN mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau. -TMI

utusan meloya merapu.........Jangan hanya pandai tuduh orang lain beli undi

Kalau hendak dikatakan trend di kalangan pemimpin pembangkang menghamburkan tuduhan-tuduhan melulu setiap kali tewas pada mana-mana pilihan raya, mungkin ada benarnya.

Tetapi Barisan Nasional (BN) kena mengambil sikap bertenang dalam menerima ‘lontaran batu-batu’ itu daripada pembangkang.

Jangan diikut rentak dan gaya politik pembangkang yang tidak boleh terima kekalahan. Apabila tewas maka bermacam-macam cerita rekaan akan keluar. Inilah hakikat yang berlaku sekarang selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahannya tetapi mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih. Beliau mendakwa, BN menang kerana membeli sokongan pengundi di kawasan itu.

Pemimpin pakatan pembangkang dakwa BN guna dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen itu.

Tuduhan yang dilakukan oleh PKR itu adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat. Kalau pemimpin-pemimpin BN berani seperti pemimpin pembangkang, mereka juga boleh mengambil tindakan saman atas dakwaan itu.

Tetapi kita percaya pemimpin BN tidak kalut hingga perlu ambil tindakan sedemikian.

Barangkali penjelasan Perdana Menteri sudah cukup menepis tuduhan itu. Apa yang dilakukan dalam kempen pilihan raya kecil itu, kerajaan tidak membeli undi tetapi menyelesaikan masalah sebenar rakyat yang tidak ditangani dalam sesuatu tempoh masa yang lama.

Ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk Hulu Selangor. Contohnya projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya. orang ramai mahukan projek itu dan ia dilaksanakan oleh PLUS (PLUS Expressways Bhd), bukannya dana awam.

Tak cukup dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga ada pendedahannya.

Kita mungkin tertanya-tanya kenapa PKR mengagihkan wang RM200 selain barangan keperluan seperti beras kepada beberapa pengundi di kawasan berkenaan, kalau bukan beli undi namanya?

Kerajaan negeri juga melakukan pelbagai cara untuk menarik pengundi sehingga mengagihkan borang 5A iaitu borang untuk memohon tanah. Tetapi ada syaratnya, kalau PKR kalah, borang 5A akan ditarik balik dan tanah tidak akan diberikan kepada rakyat.

Kepada pemilik premis perniagaan yang tidak diduduki misalnya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, kerajaan negeri dikatakan membuat keputusan mengecualikan bayaran cukai pintu.

Begitu banyak peruntukan kerajaan negeri diturunkan untuk menurap jalan, memberi bantuan kepada orang miskin dan juga menyampaikan cek-cek sumbangan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Tidakkah ini juga ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan pengundi. Inilah taktik dan strategi alih perhatian rakyat yang bijak dimainkan oleh PKR. Begitu bijak mereka menuduh BN membeli undi, sedangkan perbuatan itu yang dilakukan oleh mereka.

Bukankah itu semua merupakan satu sogokan? Nampaknya sekarang pakatan pembangkang kena menelan ludah sendiri. Janganlah sudah lempar batu, sembunyikan tangan.




penyapu sial


PKR dah lama bagi bantuan macam ni lah.....Pergi tengok sendiri dun dun yang masih dibawah PR..BN jek yang tak pernah buat, makan bersama dengan kroni dan ahli keluarga masing masing....

Apakah jawapan Utusan Malaysia berkaitan dgn pemberian wang tiga juta untuk pengundi Cina dan bayaran RM 50000 untuk pengundi di Sg Buaya. PM sendiri secara langsung menyebut dalam telivisyen spt disiarkan dalam TV3 bahawa wang itu akan diberikan bersyaratkan BN menang pilihanraya.

Soal kedua ialah mengapakah semua masalah itu hanya diselesaikan apabila tiba pilihanraya ? Masalah Sg Buaya telah berlarutan drpd zaman Dr Mahathir dan Muhamad Mat Taib lagi.

Apakah perbezaan antara rasuah yang dilakukan oleh Tan Sri Isa Samad yang dituduh menggunakan kedudukan menterinya untuk memenangi jawatan naib presiden dalam pemilihan UMNO 2004 dengan penggunaan jentera kerajaan dalam PRK Hulu Selangor ?

SPR sedia hadapi tindakan mahkamah

Datuk Zaid Ibrahim (gambar) mempunyai segala hak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk petisyen pilihan raya, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar hari ini.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, SPR telah menguruskan pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan adil mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Itu hak beliau (Datuk Zaid) jika mahu mengemukakan petisyen... beliau boleh menamakan SPR sebagai responden, beliau boleh mengemukakan bukti di mahkamah, kami akan menjawab dengan sewajarnya,” kata beliau

Menurut beliau, SPR akan menghadapi petisyen Zaid jika dikemukakan sebagai satu lagi kes memandangkan sudah banyak petisyen pilihan raya telah dilalui sebelum ini termasuk lebih dua dozen petisyen pilihan raya umum 2008.

Zaid boleh mengemukakan petisyen dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diwartakan.

Keputusan itu akan diwartakan dalam tempoh dua minggu ini, kata Wan Ahmad.

Mengenai pendirian Zaid yang mahu mengemukakan kes ke atas SPR pula, kata Wan Ahmad, pihaknya juga bersedia untuk menghadapinya.

Bagaimanapun kata Wan Ahmad, beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak tahu kandungan kes yang bakal hendak difailkan oleh Zaid.

Wan Ahmad mengakui kes cuai menjalankan tanggungjawab berkanun ke atas SPR, yang hendak dikemukakan oleh Zaid, merupakan yang pertama bakal dihadapi.

Pada sidang media pagi tadi, Zaid yang tewas pilihan raya kecil Hulu Selangor akan memfailkan petisyen dalam waktu terdekat - mahu mahkamah mengisytiharkan keputusan Ahad lalu sebagai tidak sah.

Selain itu beliau juga akan memfailkan kes terhadap SPR atas alasan cuai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengendali pilihan raya.

Zaid menjelaskan, setiap rakyat ada hak fundamental untuk mengundi tetapi aspek itu tidak bermakna langsung jika mereka tidak dapat melaksanakannya kerana nama pengundi-pengundi terbabit hilang dari daftar pemilih tanpa pengetahuan mereka, ditakut-takutkan, dirasuahkan ataupun diberikan pelbagai bentuk janji untuk mempengaruhi mereka.

“Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kita ada saksikan kesemua ini.

“Kita ada saksi yang akan tampil dengan bukti-bukti yang perlu berkenaan rasuah (beli undi) yang berleluasa, bermula dari pekerja jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) sehinggalah Perdana Menteri sendiri,” katanya.

Mengenai saman terhadap SPR pula, Zaid menjelaskan suruhanjaya itu telah gagal dalam menjalankan pilihan raya bebas dan adil.

“Saya masih berpendirian bahawa mereka telah gagal dalam tugas itu dalam pilihan raya kecil terbaru.

“Mereka telah membenarkan tindakan menakut-nakutkan (pengundi), maklumat palsu dan amalan pilihan raya tidak sah dan tidak adil di kalangan jentera BN tanpa sebarang usaha untuk menghalang mereka.

“Malah apa yang ketara kepada saya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya berada di pihak BN dan mahukan BN untuk menang,” kata Zaid.


penyapu sial


wan ahmad ..adil ko kata....kepala bapak hang....!!!!

Felda Sungai Buaya Di Makan Buaya Parasit




Sukanya mereka masyarakat FELDA Sungai Buaya bila berdepan dengan MP mereka yang baru menang yang dibawa oleh toke ceti Mamak Azeez Abdul Rahim. Masyarakat FELDA yang seronok ini tak tahu sedar atau tidak tanah mereka itu akan terjual kepada parasit yang menggunakan sentimental orang melayu terhadap UMNO dan menggunakan hak istimewa orang melayu untuk menipu melayu lain yang lemah dan miskin.




Ahli Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan (dua, kiri) bersalaman dengan penduduk Felda Sungai Buaya pada majlis penyampaian wang pendahuluan pembelian tanah peneroka Felda Sungai Buaya di sini hari ini. Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Azeez Abdul Rahim (kiri) – Apa malu-malu, salamlah dengan toke tanah Mamak tu!!!!!, nanti dia bagilah duit.Tengok betul2 wajah toke tanah tu tak jauh dari wajah MP yang kamu undi tu.

Kesian masyarakat FELDA kerana diperbodohkan sebegini rupa oleh orang-orang pengambil peluang atau pengambil kesempatan macam parasit ke atas orang melayu lain yang lemah dan miskin. Oleh seronok dengan sedikit wang, tanah yang diteroka sedemikian lama di jual kepada pembeli yang sebenarnya tidak ada status. Cuma mengaku melayu dan pengambil peluang kepada hak istimewa orang melayu.

Tunggulah, apabila tanah ini rasminya terjual kepada parasit Mamak yang mengaku melayu ini, orang-orang FELDA dan anak cucu yang terlibat dengan penjualan berkenaan akan terima, apakah nanti ada kesian belas terhadap mereka jika seuatu yang tidak diingini berlaku....kerana kumpulan yang kaya raya inilah yang menjadi elit dalam UMNO walaupun mereka sebenarnya bukan melayu dan tidak termasuk dalam istilah bumiputra yang diperuntukan oleh perlembagaan. Kumpulan toke-toke yang tidak ada tanah air sendiri sambil menumpang budaya orang inilah yang mendapat laba atas apa-apa dasar yang dibuat atas nama Melayu bumiputra. Orang melayu sendiri cuma dapat sisa-sisa sahaja


Muramatsu

Polis Dibidas Tembak Remaja Sesuka Hati

Barisan peguam aktivis Pakatan Rakyat yang menawarkan diri untuk mewakili keluarga seorang remaja yang mati ditembak polis awal pagi Isnin mendesak Polis DiRaja Malaysia menjalankan siasatan secara bebas, adil dan telus.

Ketua Penerangan KEADILAN merangkap peguam kes ini, Latheefa Koya membidas tindakan polis yang mendakwa remaja 15 tahun itu, Aminulrasyid Amzah terlibat dalam kes jenayah.
Menurut beliau, tindakan itu melambangkan kelemahan anggota polis sekaligus membuktikan PDRM tidak profesional menjalankan tanggungjawab mereka apabila mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan dibuat.

"Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi.
"Kami akan bangkit supaya Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini dan polis tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tembakan kerana ada etika yang sepatutnya untuk berbuat demikian ataupun menggunakan senjata api.

"Dan kami minta anggota yang terlibat digantung keanggotaannya, dilucutkan jawatan mereka serta diambil tindakan disiplin secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas menemai ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang semalam.

Sehubungan itu, Latheefa juga berkata, pihaknya akan terus memantau tindakan kes tersebut bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakub Sapari, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Sementara seorang lagi peguam N Surendran tidak dapat menerima alasan yang diberikan pihak polis yang membenarkan polis menembak remaja berkenaan.

Beliau juga mengecam tindakan polis bahawa mereka tidak memiliki kuasa yang membenarkan mereka menembak seseorang sesuka hati biarpun jika pemandu tidak mempunyai lesen kereta melainkan keselamatan mereka terancam.
"Polis harus mematuhi prosedur sebelum mengambil sebarang tindakan drastik yang mengancam nyawa orang awam," tegas beliau.

Surendran turut mengecam kenyataan awal polis yang mendakwa remaja tersebut terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.

Aminulrasyid ditembak mati oleh peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.

Mangsa dikatakan sedang memandu Proton Iswara berdaftar di bawah nombor BET 5023 ketika kejadian.

Turut berada di sebelah mangsa ketika kejadian, rakan sebayanya.
Polis juga mendakwa juvana tersebut adalah kumpulan geng samun dan memiliki sebuah parang di dalam kereta yang dinaikinya.

Mangsa dilaporkan mati ditembak dengan beberapa das tembakan dari arah belakang.

suara-keadilan

tak sia sia pulun kotak kotak ke sana ke mari.....akhir si raja kotak antara 4 ekor malaun yang bakal jadi senator....

Ezam Mohd Nor antara empat dilantik senator



Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (gambar atas) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

hutang dengan penduduk hulu selangor mungkin langsai.....hutang dengan altantuya jadi bonsai....!!!!

Najib: Hutang saya sudah langsai



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor.

"Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata perdana menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di Putrajaya hari ini.

Katanya, beliau ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini.

"Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,” katanya.

Terdapat desas-desus kononnya BN tidak akan menyediakan peruntukan itu kerana kaum Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN pada PRK itu.

"Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina.

"Walaupun kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita tapi kita harap pada masa akan datang, kaum Cina akan beri sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional,” katanya.

Najib berharap peruntukan itu dapat membantu sekolah tersebut membina bangunan sekolah tambahan di tempat yang baru.

"Maknanya hutang saya sudah langsai,” katanya ketika menyerahkan cek tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan guru besarnya, Ng Kin Mooi.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan calon BN yang menang kerusi Hulu Selangor, P Kamalanathan.

- Bernama



penyapu sial


ha ha ha....kena tipu la lu....jaga jaga...ntah ntah cek palsu atau cek tendang yang di beri....perompak ,penipu dan pembunuh nie mana boleh percaya kalau dia berjanji....ada aje yang nak di tipunya

laporan polis terhadap beberapa kerat umnongok-APCO yang menjadi penyebar fitnah rakyat....!!!!

Hasan Ali buat laporan polis terhadap Zahid, Utusan

Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.

Dr Hasan berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.

Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.

Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.

"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.

"Saya (juga) dituduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.
Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut, Dr Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang disampaikannya itu.

Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.

"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.

Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.


"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi dan Zainal Abidin Sakom," katanya.

"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.

"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.

"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.

"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik.


mkini

28 April 2010

WAYANG KULIT SPRM....MAKSUMKAN KRONI BN-APCO....WALAUPUN BUKTI DAH JELAS...TAK MENGHAIRAN...!!!!

Tiada bukti, SPRM tutup kes Tee Keat terima RM10 juta

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing, telah ditutup dan tiada siasatan lanjut.

Katanya perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM dalam surat yang diterimanya pada 22 April lalu yang menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan berkenaan.

“Kes ini saya dimaklumkan bahawa ianya telah tamat siasatan dan tidak akan dilanjutkan siasatannya. Tiada sebarang bukti yang membuktikan tuduhan-tuduhan liar itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Red Means Stop” anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn Bhd di sini hari ini.

Tahun lepas, SPRM memanggil Ong untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada Tiong untuk aktiviti MCA. Ketika itu Ong adalah Presiden MCA manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ.

“Kini telah pun jelas senario sebenarnya, walaupun jawapan ini saya terima agak lewat sedangkan saya sedia maklum kes ini telahpun tamat siasatannya agak awal sebelum ini.

“Tanpa atas apa sebab, saya baru dapat maklum balas atau jawapan pada 22 April lalu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau kecewa lewat menerima surat jawapan daripada SPRM, Ong berkata: “Sepanjang hayat kita ini, cukup banyak kekecewaan, rintihan itu ada, kecewa jangan.

“Kalau inilah yang berlaku yang menimpa kita, kita kena juga berdepan dengannya dengan penuh ketabahan.” — Bernama




penyapu sial

mcm biase ler...kes berjuta juta melibatkan menteri BN-APCO mana ada cukup bukti kununnya....selamat kan kroni...mcm pukimak....

tapi kalau pakatan rakyat...RM 1000 pun boleh di jadikan bukti yang kuat....nampak negara kita dah jadi sarkas yang di kendalikan oleh badut badut cibai kerajaan barisan najis aka bini puaka.....!!!!!

Gesaan MP Pasir Mas hasutan, mahu BN jauhi PERKOSA

MCA menyelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan anggota Parlimen Pasir Mas itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.

“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika Barisan Nasional mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau dipetik Bernama.

“Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.

“Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi,” katanya.



penyapu sial


Beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi. ....kalau pilihanraya di adakan

MCA mesti menjauhi sayap pelampau umNO ini. Lebih baik keluar dari BN.

makhluk perosak bangsa......tu dia...nie yang pemimpin sundal dia ajar kot....!!!!

Adegan Kung Fu di Hulu Selangor
























Acara Kungfu terhebat; ketika MB Selangor berucap tindakan pemuda Umno di Sungai Tengi, yang menganggu dengan membuat bising, bermotosikal beramai-ramai, setelah ditegur, tidak dipedulikan, akhirnya adegan kungfu ini terjadi...

27 April 2010

najis kelentong....projek mee segera di beri mase prk bukan rasuahkan pengundi

Projek tak bertujuan beli undi ...najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pengumuman pelbagai projek di Hulu Selangor tidak bertujuan untuk memancing undi bagi pilihanraya kecil kawasan itu. Beliau berkata, ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah rakyat yang telah lama dihadapi mereka. "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu 'tengok sini, kami beri yang itu,kami beri yang ini', tidak," katanya. Sebelum ini terdapat dakwaan daripada Pakatan Rakyat yang mengatakan BN memperuntukan sebanyak RM167 juta bagi melaksanakan projek di kawasan Hulu Selangor.



penyapu sial


dah 15 tahun dah, sekarang baru lu nak kutip taik itu ke?....ka ka ka.....patutlah nama ko tu najis tong rosak, tong najis tu dah lama rosak la. tahniah najis, kerana sudi mengutip tai khinzir toyol tu...

siapa nak duit atau nak pembangunan, doakan YB-YB tu mati cepat. Kususnya dari parti United Malay No Otak. Kalau ada peluabng pijak dia bagi dia mati cepat. Gerenti United Malay No Otak akan lambakan duit banyak-banyak. Apa nak kesah, janji rakyat senang. Dapat hak mereka yang sepatutunya. Dari bagi kat buaya-buaya lahap (UMNGOK) tu baik bagi kat rakyat.

MIC MENANG TAPI JADI BARANG GADAIAN UMNO?

Tiada pun riak gembira dimuka Presiden dan Timbalan Presiden MIC sebaik sahaja diumumkan calon MIC pilihan UMNO memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Kehadiran lewat Presiden MIC semasa pengumuman kemenangan calon MIC tajaan UMNO menunjukkan beliau tidak serius menerima kemenangan Kamalanathan, apa tidaknya Presiden MIC itu terjerat dengan janji beliau sendiri iaitu akan segera mengosongkan jawatan presiden jika calon MIC menang untuk diserahkan kepada Palanivel.

Hebat yang pertama calon MIC bernama Kamalanathan tajaan UMNO ini ialah beliau mengalahkan Palanivel bakal Presiden MIC untuk menjadi calon padahal Palanivel ialah satu-satunya calon pilihan keramat MIC. Palanivel hilang membawa diri dan berkempen seorang diri membawa hati yang luka. Hebat yang kedua Kamalanathan ialah kemenangan beliau bakal menyingkirkan pula sifu segala sifu dalam MIC iaitu Presiden Samy Vellu yang berjanji akan menyerahkan tampuk kuasa kepada Palanivel secepat mungkin.

Kesemua ini adalah agenda tersirat UMNO yang akan terus membuli MIC yang semakin tenat dan lemah dikalangan kaum India. Akhirnya MIC akan melutut sehingga mati dikaki UMNO. Bayangkanlah, calon sahaja dari MIC tapi semua projek yang berjuta-juta yang ditaburkan semuanya dari kantung UMNO, UMNO boleh membelanjakan berpuloh juta untuk membeli undi dengan harga RM 65,000.00 setiap orang,

UMNO juga yang membuat semua kerja pilihanraya, yang keluarkan kenyataan media ialah UMNO, yang bawa calon MIC berkempen kehulu kehilir ialah UMNO, yang buat poster calon ialah UMNO, tangan yang dicium oleh calon MIC ialah tangan TPM dari UMNO, yang buat visi calon ialah UMNO, yang memberikan makan minum kepada petugas ialah UMNO, yang bergaduh semasa berkempen ialah Pemuda UMNO,bilik gerakan pun dibuatkan UMNO, akhirnya soalan kepada Samy Vellu? Mana dia pemimpin MIC bertaraf Menteri dan sebagainya yang menaburkan projek berjuta-juta untuk pengundi? Mana dia Pemuda MIC? Mana dia Wanita MIC? Mana dia poster besar Presiden MIC disebelah calon? Mana dia bilik Gerakan MIC? Mana dia Palanivel dan Mugilan?

MIC akan berkubur sedikit masa lagi, pengundi India yang adapun hanyalah pengundi India tegar di ladang dan kampung dalaman tidak di kawasan urban bandar. Selepas ini YB Kamalanathan akan dibiarkan keseorangan, janji-janji projek BN akan dibolot oleh semua kroni UMNO. MIC perlu keluar dari BN setelah teruk dibuli oleh UMNO kerana tidak mustahil MCA juga akan meninggalkan BN kerana perahu BN semakin karam. BN kini hidup dengan menggunakan tiub pernafasan yang berlambangkan duit dan projek sahaja, gah diluar mereput di dalam. PRU 13 nanti mampukan MIC mengeluarkan duit berjuta-juta untuk menampung kos seluruh kawasan Parlimen dan DUN yang ditandingi? Jika kawasan Hulu Selangor pun sudah tidak mampu dibiayai sehingga terpaksa bergadai dengan pilihan calonnya kerana pembulian UMNO, maka masih panjangkah hayat MIC kelak? Akhirnya MIC akan menjadi barang gadaian oleh UMNO.

Putera Melaka.

ketua polis pukimak nie mau membodek najib....bertegas mahu siasat wartawan Malaysiakini

CPO S'gor bertegas mahu siasat wartawan Malaysiakini



Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar tetap bertegas mahu menyoalsiasat wartawan Malaysiakini berhubung apa yang didakwanya laporan tidak bertanggungjawab sewaktu pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Ahad lalu.

Beliau tetap dengan pendiriannya itu walaupun Malaysiakini telah menafikan sekeras-kerasnya ia menyiarkan laporan seperti yang didakwa tersebut.

Akhbar bahasa Inggeris The Star dalam versi cetakan dan juga online memetik kenyataan ketua polis Selangor itu sebagai berkata kenyataan akan diambil berhubung laporan yang dikatakan itu.

Ahad lalu, Bernama memetik Khalid sebagai berkata: "Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya".

Menurut Khalid polis ingin mengetahui pihak yang membekalkan maklumat palsu itu kepada Malaysiakini dalam sidang medianya di Hulu Selangor, Ahad lalu.

“Ketika masa yang senstif, menerbitkan berita seumpama itu yang mungkin menakutkan orang ramai daripada keluar untuk mengundi,” kata beliau yang menyifatkannya sebagai "bertanggungjawab".

Apabila dimaklumkan bahawa Malaysiakini tidak pernah menerbitkan berita seumpama itu di lamanwebnya, Khalid menolaknya.

"Anda memang menerbitkan berita itu dan kemudian dengan segera mengeluarkannya semula. Kami mempunyai salinan artikel berkenaan,” kata Khalid.

Menurut Khalid, perkara itu dibawa ke perhatiannya "oleh seorang wartawan lain yang memberitahu kami, mereka nampak laporan anda dan melaporkannya."

"Jika perlu kami akan panggil anda untuk beri penjelasan. Anda rujuk kepada apa yang telah saya cakap semalam, seperti yang dilaporkan dalam the Star," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

"Selpas menyemak dengan semua editor yang bertugas menyediakan laporan langsung mengenai pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu, saya puas hati bahawa tidak ada laporan seumpama itu yang disiarkan dalam mana-mana versi tiga versi dalam Malaysiakini. Oleh itu, tidak ada asas untuk mendakwa bahawa kami telah mengeluarkan artikel tersebut," kata Fathi.

Wartawan yang dikatakan telah memaklumkannya kepada ketua polis Selangor itu mengenai laporan yang dikatakan, mungkin tersilap, tambahnya



penyapu sial


berenti aje ler jadi ketua polis.....jadi ketua samseng jalanan UMNO lagi baik....tak melambang lansung ciri ciri polis yang bertanggung jawab kepada orang awam....macam samseng politik haramjadah...!!!!

kerajaan bini puaka bela samseng....setelah Dr Pornthip Rojanasunand kini Pakar patologi British, Peter Veneziz pula menerima ancaman keselamatan dirinya

'Ugutan melalui emel', pakar British buat aduan polis



Pakar patologi British, Peter Veneziz mendakwa telah menerima ugutan melalui emel terrhadap dirinya dan keluarganya.

Vanezis mula memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock, semalam.

Berikutan itu, beliau telah membuat satu laporan polis malam tadi di balai polis Shah Alam pada jam 11 malam tadi.

Ketua pendakwaraya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, memberitahu mahkamah demikian apabila inkues tersebut disambung pagi ini.

Abdul Razak berkata e-mel itu "menakutkan dan mengancam keselamatan" pakar British itu yang memberi keterangan untuk kali pertama semalam, lapor Bernama.

Dr Vanezis tidak senang dengan e-mel ancaman terhadap beliau dan keluarganya itu, kata Abdul Razak.

Ahli patologi British itu, yang dilantik SPRM dan pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, telah menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh yang digali semula dari kubur pada November tahun lepas.

Semalam, beliau memberitahu inkues bahawa Teoh berada dalam keadaan sedar semasa jatuh dan beliau tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah dicekik sebelum kematiannya.

Dr Vanezis, hari ini dijadual disoalbalas oleh peguambela Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh.

Pada 17 Julai tahun lepas, Teoh ditemui mati di koridor di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor di pejabat suruhanjaya itu yang terletak di bangunan yang sama, berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.

Ditemui Bernama selepas selesai memberi keterangannya, Dr Vanezis berkata sebelum kes ini, beliau hanya menerima satu panggilan telefon berupa ugutan sejak 35 tahun lepas dan ia mempunyai kaitan dengan satu kes di United Kingdom.

"E-mel itu bertujuan menakut-nakutkan saya sehingga ia boleh menjejaskan keterangan saya hari ini. Tetapi sebagai seorang yang profesional, saya tidak boleh ditakutkan oleh e-mel seumpama itu.

"Saya harap pihak polis akan menjalankan siasatan," kata professor British itu yang tidak asing di negara ini.

Dr Vanezis berkata beliau telah beberapa kali ke negara ini untuk mengendalikan pemeriksaan luar bagi sains forensik di Universiti Sains Malaysia dan dua lagi fakulti perubatan.

Dr Vanezis berkata ancaman melalui e-mel itu tidak akan melemahkan semangatnya dan bersedia untuk datang ke negara ini sekiranya kepakaran beliau diperlukan.


mkini

taktik kotor SPR.....Zaid patut kalah lebih 5 ribu

Pemindahan nama pengundi: Zaid patut kalah lebih 5 ribu


Kekalahan PR di Hulu Selangor telah pun diduga dari awal. Sejak pengumuman Pengarah Pilihan raya PKR Fuziah Salleh bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi, kekalahan kepada Pakatan rakyat (PR) jelas terbayang. Namun pimpinan PR meneruskan juga penyertaan dalam pilihanraya itu demi pengundi yang dahagakan perubahan.

Jika dilihat dari keputusan pilihan raya 2008 adalah seimbang, di mana Allahyarham Zainal Abidin menang 198 undi. Bermakna dalam 60,000 pengundi berdaftar di parlimen itu, separuh daripadanya bolehlah dianggap mengundi PR. Dengan itu dari 13,000 pengundi yang dipindahkan itu, tentunya terdapat sekurang-kurangnya 6,000 penyokong PR.

Sebab itu sejak awal lagi TPM Muhyiddin Yassin menetapkan sasaran 6,000 undi majoriti kemenangan BN. Kekalahan Zaid dengan hanya 1,700 undi adalah di luar perancangan mereka. Sepatutnya Zaid kalah 1,700 + 6,000, iaitu 7,700 undi. BN akan memalukan PR dengan kekurangan sokongan yang amat dahsyat, sekaligus menolak keluar Anwar sebagai faktor utama kemenangan PR pada pilihan raya lalu.

Namun kerja keras aktivis PR; ahli PKR, PAS dan DAP di Hulu Selangor berjaya membina momentum kebangkitan rakyat, terutama kepada pengundi Melayu yang sebelum ini padu menyokong BN.

Terdapat pusat mengundi di kampung-kampung Melayu yang mana Saluran 1, iaitu pengundi di atas usia 50an, BN hanya menang tipis. Kebangkitan di Rasa dan Batang Kali yang jentera PR sukar untuk tembus pada PRU lalu memberi gambaran bahawa penyokong tegar Umno di luar bandar mula berpuas hati dengan pemerintahan PR. Oleh itu tidak hairan apabila ada pertambahan undi kepada PKR setelah ditolak yang dipindahkan.

Sesungguhnya PR tidak kalah di Hulu Selangor. Cuma BN terlalu bermaharaja lela memberi pelbagai peruntukan dan meluluskan projek segera. Itu pun PR mampu meraih tambahan 4,000 undi. Cubalah sekiranya BN berkempen seperti PR tanpa menggunakan jentera kerajaan pusat dan peruntukan pusat. Tentunya mereka akan kalah teruk.

Walau apa pun Hulu Selangor telah mendedahkan kelicikan BN memindahkan pengundi. Taktik yang sama akan digunakan pada pilihan raya umum 2 tahun lagi. Sebagaimana yang pernah digunakan oleh BN untuk menumbangkan kerajaan BA Terengganu pada 2004 lalu. Oleh itu PR perlu bersedia dan memikirkan cara untuk melepasi perangkap BN

erapakatan

Media Dah Jelek,Duit Nak Habis dan Jentera Lapuk.....SPR Pulak Jadi Tunggangan!
















Berdasarkan pengamatan penulis ketika program 'soal jawab' di TV3 malam ini bersama Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya....

Secara umumnya,penerangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pengerusi SPR dalam sesi soal jawab ini hanyalah sebagai seorang yang terdesak untuk terus membela segala kemungkaran yang dilakukan oleh tuannya(kerajaan Umno Barisan Nasional).


Seperti dari awal pencalonan sehinggalah kepada keputusan muktamad diumumkan tiada langsung kesalahan yang dilakukan oleh Umno dalam isu rasuah. Seluruh media utama banyak merakam ucapan dan tindakan pemimpin Umno Barisan Nasional ketika mereka turun berkempen di sekitar Hulu Selangor.

Pemberian seribu ringgit sebagai pampasan deposit kepada beberapa peneroka di Felda Sg Buaya yang sebenarnya berlarutan berpuluh-puluh tahun di bawah kawalan Adun Bn yang tidak diambil peduli,dek kerana ada undi maka diberi secara tunai dan sekiranya menang tambahan sebanyak RM49 Ribu segera dilangsaikan kata Dato' Najib.

Ianya berlaku di siang hari,di khalayak ramai dan di hadapan kamera tetapi tidak dianggap sebagai rasuah oleh SPR.

Antara Hujah Pengerusi Spr untuk mengesahkan kemenangan jahat Umno-Apco adalah :

1. Penyingkiran Mafrel sebagai pemantau hanya kerana beberapa laporan perjalanan pilihanraya tidak di kemukakan kepada SPR.Tidak semestinya semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Mafrel adalah benar dan segala teguran yang disampaikan akan diikuti oleh ahli lembaga SPR.

"Mafrel Hanya dikambing hitamkan SPR agar rakyat akan percaya betapa telusnya proses demokrasi di Malaysia. Bila terlalu banyak laporan tentang hilangnya keabsahan Umno Barisan Nasional sebagai pengamal demokrasi berparlimen,SPR pula salah Mafrel.Kenapa yang dilapor bersalah orang lain tapi orang lain pula terasa seperti dikritik?"

2.Bila keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat maka SPR akan dipuji menjalankan kerja secara telus,tapi berlaku sebaliknya SPR akan dipersalahkan.Menang bermakna rakyat telah bangkit dan bila kalah SPR menjalankan kerja-kerja sial.

"Kalau nak diikutkan laporan salahlaku Umno Barisan Nasional kepada SPR ataupun polis semenjak pilihanraya diadakan di Malaysia,beribu kotak telah diarkibkan.Samada kalah atau menang berguni-guni laporan dibuat namun sepi terkacip gigi setiap pengerusi yang bertukar ganti.Kes melibatkan nyawa,ugutan dan rasuah tetap dipandang suci oleh SPR".

3.Pembersihan daftar pemilih telah dilakukan secara konsisten sejak 1999 untuk memudahkan rakyat membuang undi.Proses perpindahan pengundi ke kawasan/lokaliti asal di seluruh Malaysia telah berjalan sejak 2008.Kebetulan ada kematian YB di Hulu Selangor maka SPR membuat tindakan pantas untuk memulakannya di Parlimen Hulu Selangor.Ianya bukan arahan sesiapa.




















"Jawapan yang paling tengin di antara banyak-banyak pengerusi SPR walau sememangnya semua adalah dari produk yang bangang".

wallahua'lam.


kadeygucci

TV celaka tak wujud bila kerajaan bini puaka pupus.....

Menanti TV-TV Yang Tidak Celaka

Ketika musim pilihanraya TV-TV di negara kita menjadi cukup celaka. Nasib kita sebagai rakyat negara yang demokrasinya setengah masak. Tiada satu pun TV yang tidak celaka apabila musim pilihanraya. Kita sentiasa menanti TV-TV menjadi tidak celaka.

Sampai bila-bila pun kita tidak akan merasai TV yang tidak celaka apabila BN memerintah. Sedangkan kita pembayar cukai juga. Amat payah untuk mendapat berita seimbang kedua pihak, yang senang mereka juga segala-galanya.

Kita sememangnya menunggu TV-TV yang tidak secelaka sekarang apabila PR memegang negara. TV-TV yang ada tentunya akan memberi ruang kepada BN dan PR tentunya mendapat peluang untuk melaksanakan dasar seimbang antara dua pihak dan tentunya tidak secelaka sekarang.

TV-TV celaka cukup menyampah sekarang lebih-lebih lagi melibatkan Hulu Selangor. Apa yang TV-TV celaka sampaikan sekarang kita mendengar juga, itulah pilihan yang ada dan kita akan membuat pertimbangan. Bagaimana dengan mereka yang tiada pertimbangan itulah bulat-bulat yang diterima. Tidak ada leper-leper dan pipih-pipih lagi.

Sambil menonton kita menyeranah juga. Kita sememangnya menanti TV-TV yang tidak celaka

ek-ele

Melarang Penggunaan Kenderaan Kerajaan Dalam Kempen Pilihanraya

Dalam siri-siri kempen pilihan raya kecil sebelum dan yang terbaru PRK Hulu Selangor kelihatan para pemimpin kerajaan UMNO-BN bersenang-lenang menggunakan kereta-kereta rasmi kerajaan dalam setiap kempen yang dijalankan.Para pemimpin kerajaan UMNO-BN dari peringkat atasan hinggalah bawahan menggunakan kereta rasmi kerajaan kesana-sini dalam kempen pilihanraya kecil.Perkara seperti ini sepatutnya tidak dibenarkan kerana kenderaan rasmi adalah hasil dari duit rakyat tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.Setiap kos yang mengalir dalam penggunaan kenderaan rasmi dari segi minyak dan penyenglenggaraan adalah dari duit rakyat


Para pemimpin kerajaan termasuk perdana menteri sendiri tidak boleh sewenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan atas urusan kempen parti politik.Keselesaan yang diperolehi oleh mereka adalah dari hasil dari duit rakyat.Mereka sepatutnya menggunakan kenderaan sendiri apabila hendak berkempen atas nama parti.Adalah amat tidak wajar perkara seperti ini terus berlaku di depan mata rakyat yang dibebani dengan pelbagai bayaran cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu satu akta baru perlu diperkenalkan di parlimen iaitu kenderaan rasmi kerajaan tidak boleh digunakan dalam kempen-kempen pilihan raya mahupun politik.Ia bagi menegaskan bahawa harta bende kerajaan tidak boleh disalahgunakan bukan pada tempatnya.Ia hanya digunakan dalam urusan rasmi pentadbiran kerajaan sahaja.Undang-undang melarang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dalam kempen pilihanraya adalah perlu bagi mengelakkan pembaziran kos yang berlebihan akibat penyalahgunaan harta milik kerajaan.


anak_muar

mangkuk hayun.... Rasuah HALAL pun ada..

Kemenangan calon Barisan Nasional(BN) P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil(PRK) Hulu Selangor disebabkan BN menghalalkan amalan rasuah.

Walaupun Kamalanathan berjaya memperolehi majoriti 1,725 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, namun belum pasti majoriti tersebut adalah sokongan bersih tanpa sebarang sogokan dari BN.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, BN menang setelah menabur projek segera semata-mata kemaruk untuk mendapat kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Amalan rasuah sepanjang PRK itu katanya berleluasa dan kaedah digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi pengundi Hulu Selangor.

"Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sendiri yang disiarkan melalui televisyen semasa kempen untuk memenangkan calon mereka, beliau telah berjanji sekiranya BN menang pada hari Ahad maka pada Isninnya rasuah tersebut akan diberikan.

Beliau juga berkata kempen yang dijalankan oleh BN adalah berat sebelah apabila media seperti televisyen dan radio digunakan dengan sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengamalkan sistem demokrasi adil dalam negara.

"Orang Melayu harus sedar apa yang dilakukan oleh BN bagi memenangkan mereka adalah dengan rasuah yang akhirnya akan menjadikan kita sebagai masyarakat yang sentiasa dirasuah untuk mendapat kemenangan."

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain pula berkata, dibawah kekuasaan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri maka rasuah adalah dihalalkan.

"Dengan jelas rasuah yang ditaburkan kepada penduduk di Hulu Selangor telah berjaya memenangkan BN walaupun mereka cuba menafikannya.

"Kita yakin indeks rasuah negara ini akan menjunam teruk selepas ini setelah berleluasanya kegiatan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan," katanya.

Najib selayaknya di paksa masuk Semula Tadika KEMAS

"Kata Najib ketika berucap dalam satu perhimpunan dengan masyarakat Cina ,sekiranya menang ,esoknya hari Isnin kerajaan akan keluarkan surat ,yang didengari dan dilihat oleh rakyat 1Malaysia

Kalau ini bukan bermaksud membeli undi dan rasuah ,eloklah dicadangkan supaya Najib dimasukkan semula ke kelas Tadika KEMAS atau Tadika PERMATA. Elok benar sekiranya Najib memulakan semula pembelajaran dalam semua aspek ,3M Membaca ,Mengira dan Menulis.


Mengikut pengakuan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.

Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini.Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.SILA KLIK

Catatan

Kalau itulah pengertiannya , maka memang benarlah kata ramai kebanyakan rakyat 1Malaysia , iaitu Najib ini sudah melampau, sampai tidak kenal mana satu perlakuan rasuah. Hatinya sudah mati. Imannya sudah hancur. Moralnya benar- benar rosak. Jiwanya kosong. Akhlaknya musnah. Hinggakan amat mustahil untuk membetulkannya sekarang ini , kecuali takdir qada dan qadar Allah yang memberikannya Hidayah.

Kata Najib ketika berucap dalam satu perhimpunan dengan masyarakat Cina , “sekiranya menang , esoknya hari Isnin kerajaan akan keluarkan surat” , yang didengari dan dilihat oleh rakyat 1Malaysia , yang membawa maksud kiranya BN menang dalam PRK Hulu Selangor , hari Isnin kerajaan BN akan keluarkan surat kelulusan bajet bagi tujuan pembaikian sekolah berkenaan.

Ini belum termasuk dengan pelbagai lagi tawaran sepanjang kempen PRK itu.

Adakah ini bukan bermaksud terang – terang perbuatan dan perlakuan rasuah dan membeli undi. Mungkin kita boleh rujuk kepada SPRM untuk mentafsirkannya secara jelas.

Kalau ini bukan bermaksud membeli undi dan rasuah , eloklah dicadangkan supaya Najib dimasukkan semula ke kelas Tadika KEMAS atau Tadika PERMATA.

Elok benar sekiranya Najib memulakan semula pembelajaran dalam semua aspek , 3M – Membaca , Mengira dan Menulis.

Kemudian setelah lulus , Najib perlu memasuki Tahap 1 , tahun 1 hingga 3 , sebelum dimasukkan ke Tahap 2 , tahun 4 hingga 6. Hanya setelah lulus barulah dibenarkan ke Sekolah Menengah.

Untuk ke sekolah berasrama penuh Najib perlu skor dalam UPSR. Hanya sekiranya keputusan UPSR Najib mendapat 5A , beliau layak memohon ke SBP. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

Begitu bodoh , dungu dan lembab Najib dalam membuat tafsiran rasuah dan beli undi.

polis makan gaji buta wajar di turunkan. gaji.....




Berita 1

Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan penjenayah

Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.

“Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

“Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11,” katanya di sini hari ini.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

“Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita,” katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

“Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali,” katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

“Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari Internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri,” katanya sebak.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini. — Bernama

BERITA 2

Benjy ditangkap semula untuk tutup kelemahan polis, kata peguam

KUALA LUMPUR, 26 April — Penangkapan semula pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim, yang lebih dikenali sebagai Benjy, dan tindakan menahannya mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, dibuat bagi menyelamatkan imej polis kerana gagal mengenakan tuduhan mengedar dadah terhadapnya, kata seorang peguam kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Benjy, berkata pegawai yang membuat tangkapan semula itu, Insp Nur Hazurah Ab Talib, mengaku dalam afidavitnya bahawa tidak terdapat bukti bagi mengenakan pertuduhan mengedar dadah terhadap pelakon berkenaan.

“Jadi, apa yang berlaku selepas itu ialah polis menggunakan peruntukan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas, walaupun hakikatnya tidak ada bukti untuk mengenakan pertuduhan terhadap pemohon dan dia juga tidak pernah dianggap menjadi ancaman terhadap ketenteraman awam,” kata Amer Hamzah dalam permohonan writ habeas bagi mendapatkan pembebasan segera Benjy.

Benjy, anak pelakon veteran Azean Irdawaty, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.24gm methamphetamine di rumah beralamat A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, off Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac 2010.

Sejurus selepas membayar wang ikat jamin, dia ditangkap semula kerana didakwa terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Dalam permohonan yang difailkan pada 8 April, Benjy menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden serta memohon perintah agar dia tidak ditangkap semula setelah dibebaskan.

Dia juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa penangkapan dan penahanannya mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) adalah salah, tidak sah dan terbatal serta berniat buruk.

Amer Hamzah berkata akhbar The Star, dalam laporannya bertarikh 27 Mac, memetik Menteri Dalam Negeri sebagai berkata bahawa Benjy ditangkap semula kerana polis memerlukan bantuannya dalam penyiasatan berhubung dadah sintetik.

Katanya adalah menjadi kelaziman di sisi undang-undang bahawa seseorang yang dikehendaki membantu polis dalam penyiasatan, tidak boleh ditangkap.

Amer Hamzah berkata ketika Benjy berada dalam tahanan, polis mengadakan sidang akhbar untuk memberi maklumat tertentu berhubung penahanannya, sedangkan tidak terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan perkara itu kerana siasatan berkenaan dianggap sulit.

“Satu-satunya kesimpulan lojik yang boleh dibuat ialah sidang akhbar itu dan pendedahan maklumat berkenaan bertujuan untuk mengaibkan Benjy dan untuk cuba menutup ketidakcekapan mereka kerana tidak berupaya mengenakan pertuduhan terhadap Benjy mengedar dadah,” katanya.

Amer Hamzah juga merujuk kepada perisytiharan berkanun Afifi Hamidi, yang ditangkap bersama Benjy, bahawa seorang pegawai polis telah mengugut dan memaksanya supaya mengaitkan Benjy.

Peguam itu berkata Benjy tidak boleh ditangkap semula bagi tujuan mewujudkan kes terhadapnya dengan tujuan mendapatkan bukti supaya Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah menahannya mengikut Seksyen 6(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas.

Kata beliau adalah jelas bahawa polis tidak mempunyai sebab untuk mempercayai Benjy terlibat dalam sebarang kegiatan pengedaran dadah yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan oleh itu mahkamah tidak ada pilihan selain membenarkan permohonan Benjy agar dia segera dibebaskan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersambung esok. — Bernama



Dua berita di atas adalah dari agensi berita nasional. Jadi usah tuduh blogger menyebarkan berita palsu untuk merendahkan kredibiliti polis.


Gaji polis telah dinaikkan. Namun professionalisma dan kredibiliti polis terus merudum. Justeru sepatutnya gaji polis perlu diturunkan bukan dinaikkan jika demikian hal yang berlaku.