
Kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu adalah sebagai omong kosong yang tak wajar di layan
"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara."
Adakah PR akan bekerjasama dengan BN untuk menyokong dasar yang sudah mula membebankan rakyat?
Umpama perompak yang mengajak orang baik baik pergi join menyamun....
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran negara, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dihapuskan.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra ‘Sepetang Bersama Masyarakat’ di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh pada Oktober 2011.
“Pakatan Rakyat berjanji, Insya-Allah kalau kita memerintah negara, cadangan cukai GST ini akan kita tolak sama sekali,” tegas Anwar.
Anwar dalam ucapannya berkata, jika GST dilaksanakan, rakyat akan lebih terbeban dengan kenaikan kos sara hidup ekoran harga barang yang melambung tinggi.
“Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, cukai ini bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.
“Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.