
Ini kepala anjing Keselamatan Dalam Negeri kunun kununnya bercita-cita untuk menangkap DS Anwar Ibrahim atau ia sekadar propaganda murahan pencacai yang begitu tertekan dengan sambutan rakyat terhadap siri perhimpunan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di seluruh negara.
Jika benar Ahmad Zahid Hamidi bercita-cita demikian, yang akan menerima kesan negatif paling besar ialah UMNO BN sendiri kerana masing-masing sudah pun melihat bagaimana sambutan rakyat terhadap Anwar malah segala kempen dan perancangan untuk menghancurkan kareer Anwar tidak berjaya. Malah apa yang berlaku ialah di sebaliknya dimana "majoriti" rakyat menyokong Anwar.
Kita menekankan perkataan "majoriti" kerana itulah hakikatnya, Pakatan Rakyat berjaya memperolehi "majoriti" undi popular semasa PRU13 yang lalu.
Hanya "persempadanan" yang dilakukan oleh SPR menyebabkan majoriti "bilangan kerusi" tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Hal itu pun masih banyak menimbulkan keraguan kerana petisyen akan berlaku selepas ini yang mana sekurang-kurangnya 27 kerusi parlimen kini sedang diteliti oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Namun kita kena ingat kemenangan dengan cara penipuan tetap tiada keberkatan dan kemenangan secara demikian tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk bertahan lama.
semoga Allah membantu rakyat yg dizalimi dan menghentikan dari rakyat terus dizalimi
ReplyDelete