Pelaburan swasta tidak terjejas dengan sistem cuti baru di Johor, kata Najib
Cuti pada hari Jumaat dan Sabtu yang diumumkan di Johor baru-baru ini tidak akan menjejaskan pelaburan sektor swasta negeri berkenaan, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini.
Perdana Menteri itu berkata, perubahan sistem cuti tersebut tidak tertakluk kepada swasta untuk mengikutnya dan mereka masih boleh beroperasi seperti biasa.
"Mengenai di Johor, kita masih melihat akan isu tersebut. Ia adalah keputusan negeri dan kita sedang melihat daripada aspek kepentingan pelabur.
"Swasta tidak menerima kesannya dan boleh beroperasi seperti biasa, hanya perkhidmatan awam perlu mematuhinya," katanya.
Menurut Najib, perkhidmatan awam di negeri Johor akan mengalami sedikit rombakan agar selari dengan perubahan cuti itu.
"Kita perlu membuat beberapa rombakan. Di bawah peruntukan Perlembagaan terdapat cuti di peringkat negeri dan juga pusat.
"Kami akan dapatkan keterangan lanjut tentangnya," kata Najib.
Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga berkata sektor swasta tidak terikat dengan pengumuman sistem cuti baru tersebut.
Sebelum itu, laporan media di Singapura melaporkan keputusan tersebut akan menjadikan negeri Johor kurang menarik untuk pelaburan selain ia tidak tepat pada masanya berikutan kerjasama dalam pelbagai sektor semakin meningkat antara Johor dan republik itu.
Bagaimanapun, Khaled berkata ia bukan masalah utama memandangkan Johor pada tahun 1994 pernah melaksanakan sistem cuti sedemikian dan tidak akan memberi impak besar kepada ekonomi negeri tersebut.
Pertukaran cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Mengadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar baru-baru ini
penyapu sial
apa pulak kena mengena peluang pelabur swasta dengan cuti jumaat...pelabur swasta lebih takutkan perangai perompak dan pelanun macam kamu...depa takut kamu tibai duit mereka dengan pelbagai cukai dan akta serta janji kelabu asap puak puak kamu....!!!!
Sumpah seranah bukan cara yg betul utk menyatakn kemarahan....setiap kali orang terbaca Tajik anda ini , dibimbangi anda Akan menerima buahnya di akhirat....hati2 sebelum tulis...ingat!!! Kita adalah umat nabi Muhammad yg tinggi akhlaknya,,,,wallahua'lam
ReplyDelete