ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 March 2010

Ehem Ehem.. skandal musang berbulu ayam Fairuz di sarang SPRM.......!!!!

Tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin menyertai Umno mengesahkan persepsi rakyat bahawa wujud satu kompromi di antara beliau dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru-baru ini membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atasnya.

Ini terbukti apabila beliau menyertai Umno hanya dua minggu selepas pengumuman SPRM dibuat.

Pada 12 Februari lalu SPRM telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes rasuah Mohammad Fairus.

Apakah Fairus terlepas daripada pertuduhan rasuah sebahagian daripada perancangan Umno untuk membelinya

Ini dilihat susulan daripada kenyataan rasmi SPRM yang tidak meneruskan siasatan terhadap beliau walaupun sebelum ini Pengarah SPRM Pulau Pinang menyatakan dengan tegas bahawa agensi itu telah membuka semula kertas siasatan Fairus

Timbulnya  persoalan apakah tindakan terbaru ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan terdesak dan sanggup menawarkan imbuhan kewangan untuk menarik pemimpin dan bekas pemimpin KEADILAN untuk bersama parti usang dan lapuk seperti Umno.

Adakah Najib mahu memperlihatkan kepada rakyat seolah-olah KEADILAN sudah hilang sokongan dan hanya tinggal Anwar Ibrahim sahaja dalam parti.

Harapan Najib amat meleset sama sekali kerana walaupun ditekan dengan hebat namun sokongan rakyat dan juga muafakat pemimpin di dalam KEADILAN terus mantap dan tidak tergugat langsung.

Kehadiran ribuan rakyat pada setiap program parti menunjukkan kebencian rakyat yang meluap-luap terhadap Najib dan kepimpinan Umno. Saya yakin serangan Najib akan dilihat sebagai “overkill” atau tindakan keterlaluan di mana natijahnya akan meningkatkan simpati rakyat kepada KEADILAN

Memang sudah amalan Umno gemar mengutip “sampah” seperti Fairus.

Cerita Fairus ini samalah dengan Badrul (ADUN Bebas Pelabuhan Kelang). Apabila pemimpin seperti mereka dalam KEADILAN menjadi duri dalam daging dan mereka keluar parti akhirnya Umno akan mengutip “sampah-sampah” ini.

Begitulah kerja Umno suka pungut “sampah” dan masuk ke dalam bakul mereka dengan harapan sisa buangan KEADILAN akan berguna kepada mereka. Sebenarnya kita semua  tidak bersedih langsung kerana tindakan Fairus menyenangkan kerja PR

Langkah Umno memancing bekas Ahli Undangan Negeri Penanti itu akan memberi tindak balas negatif kepada parti itu akhirnya.

Fairus membuat pengumuman menyertai Umno dalam ucapan di majlis Silat Gayung Malaysia di sebuah hotel di Ampang semalam yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

Beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I serta Exco Pulau Pinang pada 8 April 2009.

Pada 16 April 2009 pula Fairus, 33, mengosongkan kerusi Penanti yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12.

No comments:

Post a Comment