21 August 2009

demi maruah makin tercalar...Undur lah Rohaizat oooooiii..!!!!

shahrizat
Hari ini masuk hari keempat tempoh berkempen bagi pilihanraya kecil Permatang Pasir. Dan tinggal hanya empat hari lagi sebelum hari mengundi. tetapi tidak ada kelibat pemimpin Umno di Permatang Pasir. Apa dah jadi?

Pada hari penamaan calon, hanya beberapa kerat pemimpin Barisan Nasional yang hadir. Itu pun bukan top gun…

Puas aku merayau mencari pemimpin-pemimpin Umno di khemah BN tetapi yang terjumpa hanya lah, Chua Soi Lek, Muhyidin Yassin, Shahrizat…setakat itu saja yang aku kenal.

Kemana perginya pemimpin-pemimpin Umno yang lain? Apakah mereka sudah mengaku kalah lebih awal?

Kenyataan yang dibuat oleh Mahfuz Omar meminta calon BN, Rohaizat Othman menarik diri untuk menyelamatkan maruahnya, merupakan peringatan yang cukup bagus.

Ada banyak yang tersirat dari kenyataan Mahfuz tersebut. Banyak lagi skandal-skandal yang melibatkan Rohaizat sudah berada dalam genggaman pemimpin Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan. Dan kali ini, Rohaizat tidak akan mampu menangkis dakwaan-dakwaan yang disertakan dengan bukti.

Rohaizat perlu berundur sekarang. Umno sudah tidak dapat diselamatkan dan Rohaizat perlu menyelamatkan keluarganya dari aib dan malu sekiranya skandal-skandal ini terbongkar nanti.

Berapa lama rahsia boleh ditutup?

perakexpress

No comments:

Post a Comment