17 September 2009

DAP: UMNO YANG SESAT KAN MELAYU

Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai "kumpulan sesat dalam politik" dan "digesa agar kembali ke pangkal jalan".

Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini.

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat.

"Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu.

Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.


semakin ramai anak anak muda melayu memiliki kesedaran tidak mahu ditipudan di perbodohkan oleh gerombolan. umno sedang dilihat sebagai satu gerombolan sesat yang lagi menyesatkan.sesat dalam hutan rasuah dan menyalah guna kuasa. mabuk mengumpul harta kekayaan. berdengong dan berkhayal dengan kuasa. inilah tanda tanda ketuanan melayu sedang nazak sebelum tali jamban di tarik

TT

No comments:

Post a Comment