Menteri disiasat kes kertas kabinet bocor
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Malaysia Today baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.
Kertas kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai memorandum daripada menteri kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.
Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.
penyapu sial
mat kontrak ni hanya berani dgn menteri PR aje...tak kan menteri UBN yang bagi makan dengan tangan najis...berani dia nak usha...cis...tak kebuloq nanti di buatnya...sbb apa aku kata menteri ubn semuanya kebal dengan najis mughalazah kerajaan barisan najis...tgk aje lah camner anak toyol kena temuramah 6 jam dengan sprm jika di banding teong beng hock yang kena ketuk ketampi sampai jatuh banggunan di belasah teruk semalaman di buatnya...!!!
tak caya baca kat cini...IGP denies saying minister to be grilled over PKFZ leak
No comments:
Post a Comment