Ahli parlimen Batu, Tian Chua dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalang daripada menjalankan tugas. Bagaimanapun mahkamah membenarkan Tian membuat rayuan. Sekiranya beliau gagal membuat rayuan, beliau hilang kelayakkan sebagai ahli parlimen Batu. Majistret Mohd Faizi Che Abu memaklumkan pembelawa Tian adalah penafian semata – mata.
Beliau berkata, rakaman video memang menunjukkan tertuduh bertindak sedemikian. Bagaimanapun Tian menyifatkan ianya merupakan penghakiman yang tidak adil kerana majistret hanya bergantung kepada keterangan anggota polis. Beliau menafikan kejadian gigit berlaku.
penyapu sial
yang ngaku tumbuk...terlepas hukuman...yang tak ngaku gigit kena hukuman...undang undang species dubuk mana yang depa pakai dekat kepala lututnya...!!!
Magistret ni terlalu jauh membuat keputusan sampai guna Perlembagaan Persekutuan untuk menghilangkan kelayakan MP dari PKR ini sebagai Ahli Parlimen. Dulu Speaker Dewan Rakyat gantung 1 tahun tanpa elaun kepada MP dari DAP. Anehnya orang yang mengaku menumbuk didapati tidak bersalah, tetapi orang yang tidak mengaku menggigit dijatuhkan bersalah?
Memang Majistret ini menggunakan kuasa undang-undang "kepala lutut"nya. Memang saya kata Majistret macamnya dari golongan sewel. Baru-baru ini seorang Majistret direman kerana melakaukan rasuah. Saya rasa Majistret ini perlu diperhatikan motifnya menjatuhkan hukuman menggunakan Peruntukan Perlembagaan tetapi tidak menggunakan peruntukan Kanun Acara Jenayah.
Nampak pelik mahakamah rendah ini membuat keputusan. Agaknya kalau MP Umno menendang, menampa, menumbuk maka tiada hukuman dijatuhkan. Nampaknya Majistret ni dari spesis cap "UMNO" ni. Kalau ada udang disebalik batu, sila jelaskan atau masuk sahaja politik.
No comments:
Post a Comment