16 October 2009

biasak la pompuan...memang budaya UMNO cam tu...selain datang ke perhimpunan dengan mendengar ,mengambil bahagian,mengutuk ,mengumpat ,konspirasi dan skandal...tidak melepaskan peluang



Fesyen Show di Perhimpuan Agong UMNO

Pelbagai gaya fashion dari tudung, pakaian, handbag peserta perhimpunan UMNO. Biasalah perempuan kalau tidak berhias tidak dinamakan wanita atau puteri . Nanti jadi Pemuda pulak.

Bagi Ketua Pergerakan Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau menganggap fenomena ‘fesyen show’ itu sebagai suatu cara untuk para wanita menjaga ketrampilan mereka.

"Bagi saya tak salah mereka bergaya kerana wanita sentiasa mengambil berat tentang ketrampilan masing-masing tanpa mengira peringkat umur," kata beliau sambil tersenyum.

Dalam pada itu, perwakilan dari Puteri Umno, Noor Ezlinda Ismail, 25, bersetuju yang ‘Hari Perhimpunan Agung Umno’ merupakan hari untuk Wanita dan Puteri Umno memperagakan pakaian masing-masing.

"Mereka dah berhabis duit untuk persidangan ini untuk nampak cantik dan menarik sebab ramai orang yang akan memerhatikan mereka. Jadi, tak salah untuk mereka memperagakan pakaian mengikut citarasa masing-masing," katanya yang pertama kali hadir ke persidangan ini.


Sumber:mstar

No comments:

Post a Comment