20 October 2009

Kemenangan Isa, Bakal Jadi Krisis Besar Umno

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/roslan.JPG
















Kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang sebenarnya memberi mesej kekalahan dan bakal mencetus krisis dalaman, untuk jangka masa panjang kepada Barisan Nasional (BN).

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ruslan Ismail berkata kemenangan Isa menggambarkan bahawa rakyat di kawasan itu mengiktiraf pemimpin yang sudah disabitkan kesalahan rasuah sebagai pemimpin mereka.

Beliau yang juga Bendahari PAS Kawasan Dungun menjelaskan, tindakan Umno memilih Isa hanyalah semata kerana populariti, bukannya kualiti.

”Untuk jangka masa panjang, pemimpin UMNO yang didapati terbabit dengan rasuah seperti Isa akan mendesak pucuk pimpinan mereka supaya turut dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya nanti,

”alasannya kerana Tan Sri Isa walaupun sudah terbukti terbabit dengan rasuah tetap menang kerana popularitinya.”katanya dalam ketika menghadiri satu majlis Aidilfitri, dekat sini.

Justeru, alasan ini akan menjadi satu isu besar yang bakal mencetuskan ’krisis’ dikalangan pemimpin UMNO.

Oleh itu, katanya, tidak mustahil satu hari nanti kebanyakan calon mereka terdiri daripada individu yang rasuah.-

Sumber ...Sinar Harian

No comments:

Post a Comment