26 October 2009

kerajaan dalam kerajaan....JKKKP Yang Pilih Nama Utk Beras PERCUMA...boleh berlaku adil ke...????

Bersihkan senarai nama dalam e-Kasih

Semua Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) negeri Kedah diminta melakukan pembersihan terhadap senarai nama di dalam sistem e-Kasih yang akan digunakan bagi menyalurkan kupon subsidi beras untuk golongan miskin mulai 1 Disember ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pembersihan itu perlu dilakukan kerana senarai nama yang terdapat di dalam sistem e-Kasih adalah meragukan.

Jelasnya, kesemua JKKKP diberi masa sehingga hujung bulan ini bagi melakukan pembersihan nama golongan miskin dalam sistem berkenaan.

"Senarai baru akan diserahkan pada 1 November depan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tujuan pengeluaran kupon subsidi beras berkenaan.

"Pembersihan ini dilakukan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak boleh menikmati keistimewaan yang diberikan kerajaan," ujarnya di dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.


penyapu sial

ha ha ha...memastikan hanya mereka yang benar-benar layak boleh menikmati keistimewaan yang diberikan kerajaan....kerajaan mana...??...kerajaan negeri ke kerajaan pusat...???.....ya yang layak pasal benar benar menyokong puak barisan najis...bukan begitu...!!!!

No comments:

Post a Comment