KERAJAAN KALAH LAWAN SISTER IN ISLAM LAGI!
SISTER in ISLAM (SIS) boleh tersenyum gembira kerana peguam mereka, K.Shanmuga berjaya membuat 'persembahan dan penghujahan' yang baik sehingga meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi, berbanding Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hishamuddin Ismail. Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Syed Hamid Albar telah melakukan khilaf kerana mengharamkan buku terbitan SIS yang berjudul 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism'.
K.Shanmuga berhujah, perintah 'ultra vires' Seksyen 7 Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 yang dibuat oleh KDN untuk mengharamkan buku berkenaan, tidak selari dengan Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan bersuara.
Paling menarik apabila kata-kata berikut diperdengarkan oleh K. Shanmuga:
"Pengharaman itu jelas bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam, sebaliknya semata-mata untuk mengelak daripada menghadapi kritikan mengenai cara undang-undang Islam dan sistem pentadbiran undang-undang peribadi Islam dilaksanakan di Malaysia dan antarabangsa."
Maka tidak hairanlah bagaimana Kerajaan Malaysia kehilangan Batu Putih kepada Singapura atas faktor peguam apabila melihat VIRUS yang bernama SIS menang dalam sistem perundangan ini. Umum mengetahui apa sebenarnya SIS dan apa yang diperjuangkan oleh kumpulan Islam Liberal ini.
Cucu Tok Wan
No comments:
Post a Comment