17 October 2009

MCA perlu contohi UMNO – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap MCA dapat menyelesaikan masalah mereka mengikut undang – undang dan juga moral politik. Beliau berkata, sekiranya MCA gagal melakukan seperti itu, ianya akan menyebabkan parti itu kehilangan sokongan daripada masyarakat cina. "Penyelesaiannya mestilah betul daripada segi prinsip undang-undang, moral dan politik, jika tidak MCA tidak akan dapat memenangi sokongan masyarakat Cina," katanya.

Beliau turut menyarankan agar menjadikan UMNO sebagai inspirasi bagi menyelesaikan krisis mereka. Beliau berkata UMNO telah berjaya menyusun dan memperkukuhkan parti dan berharap parti itu dijadikan contoh


penyapu sial

Dari satu sudut MCA itu lebih baik dari UMNO. Mana-mana pemimpin yang terdapat melakukan penyelewengan didesak letak jawatan dan sanggup berbuat demikian.

Tetapi UMNO lain, pemimpin kalau boleh sampai mampus pun tak mau letak jawatan walau pun penuh skandal, walau pun didesak oleh rakyat. Jenis muka tak tau malu melakukan kerakusan adalah perkara biasa bagi UMNO. Aku rasa bab ini UMNOlah kena ikut MCA.

Dari sudut yang lain pula jika MCA terikut-ikut cara UMNO, maka akan timbullah desakkan lebih hebat dari kaum china supaya menteri-menteri, pemimpin-pemimpin yang sekongkol dengan rasuah disingkirkan.
Kesimpulannya "PERGI JAHANAM SAMA UMNO"

No comments:

Post a Comment