
Ummi Hafilda dikhabarkan sudah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Iran.
PERSONALITI yang pernah menjadi saksi utama dalam kes kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali, khabarnya sudahpun bernikah dengan seorang lelaki separuh umur yang berketurunan Iran.
Lelaki itu khabarnya adalah seorang ahli perniagaan berjaya, bertaraf ulama dan berasal dari Teheran.
Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, perkahwinan Ummi Hafilda Ali itu dilaporkan berlangsung sekitar bulan puasa tahun ini di sebuah majlis tertutup.
Ummi merupakan adik bongsu kepada selebriti Azwan Ali dan ahli politik yang juga naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali.
Namun menurut sumber itu lagi, perkahwinan itu telah dirahsiakan dari keluarga dan tidak mendapat restu dari ibu Ummi, iaitu Mak Tom.
Difahamkan juga, Ummi, 42, anak bongsu dari enam orang adik beradik, adalah isteri kedua kepada lelaki yang berusia awal 60an itu.
Usaha untuk menghubungi usahawan wanita itu bagi mendapatkan komennya tentang kesahihan berita ini, bagaimanapun tidak berjaya.
penyapu sial
pergggg....dia ni janda sebelum ini.....petani sarawak bukan islam yang dia pi tidur bersamanya di england masa dengan businessman datuk siow dulu....tak nak di jadikan suami sah ke....???....alamatnya dia janda tak sah nikah la gamaknya...!!!...kalau betul....kecian la dgn lelaki Iran separuh umur tu...dapat janda tak rasmi...he he he..!!!
No comments:
Post a Comment