Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa beliau dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sedang dalam persengketaan. Beliau menyifatkan media yang membuat andaian dan melebih – lebihkan isu bagi menunjukkan bahawa berlaku perpecahan dalam parti tersebut. "Siapa yang ada pergeseran? Kalau awak tengok kenyataan Datuk Zaid, ada tak dia kaitkan dengan saya, tak ada. Ini tafsiran media. Memang peranan media untuk menggambarkan bahawa ada perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR," katanya.
Zaid bertindak mengambil cuti selama enam bulan baru – baru ini setelah dikatana Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menghadiri program aprti itu di Sabah. Media turut mendakwa ianya disokong oleh Mohamed Azmin yang merupakan pengerusi PKR Sabah. Bagaimanapun Zaid menegaskan beliau mengambil cuti hanya kerana mahu merehatkan diri daripada terlibat dengan aktiviti biro politik PKR.
No comments:
Post a Comment