30 November 2009

Bukan aje Rakyat Kelantan Bahkan Rakyat Monggolia sudah lama berdoa....

Heboh dipersoalkan tentang doa Tuan Guru Nik Aziz kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Tok Mufti dan Pak Menteri masing-masing berebut nak bodek Najib konon!Nampaknya mereka ini mulai gerun kepada doa orang-orang yang dizalimi!Macamana tidak gerun

Anda bayangkanlah, bukan Tok Guru Nik Aziz seorang sahaja yang berdoa demikian, malah seluruh rakyat Kelantan yang menuntut hak royalti tersebut dan yakin mereka sedang dizalimi turut mengaminkan doa tersebut. Doa orang yang dizalimi, Allah angkat hijjabnya dan mudah dimakbulkan! Masya' Allah!

Betapa pula rakyat di Monggolia.Tentu seluruh rakyat negeri itu menyokong TGNA yang mendoakan kemusnahan Najib! Mereka dah lama doakan kemusnahan Najib.Dalam berjuta-juta yang berdoa dan yang yang mengaminkan itu, cukuplah Allah kabulkan doa seorang sahaja daripada makhluknya itu.Hanya cepat dan lambatnya sahaja.Allah Maha Perkasa akan tentukan.

No comments:

Post a Comment