Asri Diikatjamin RM3 Ribu, Kes Ditangguh 5 Jan
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan kes Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ke 5 Januari depan dan jaminan terhadap bekas Mufti Perlis itu ditetapkan sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin.
Antara penjamin beliau ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
malaun ini jamin asri...???? ....UMNO cuba nak beli asri ke...?????
Bekas Mufti Perlis itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini bagi menghadapi dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah.
Sebelum itu, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam kerana alasan kurang munasabah.
Semasa prosiding, pihak defendan membantah kes itu dibawa ke mahkamah tinggi syariah kerana ia baru didaftar 10 minit lalu.
Pendakwaraya dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.
Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.
Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman.
Mohd. Asri didakwa mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Beberapa peguam syarie yang diketuai Kamar Ainiah Kamaruzaman telah dilantik mewakilinya.
Pendakwaan terhadap Mohd. Asri dibuat ekoran penahanannya oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1 November lalu kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Keesokan harinya, Mohd. Asri diarahkan pergi ke mahkamah tersebut tetapi selepas menunggu lebih tiga jam, tiada pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
No comments:
Post a Comment