22 November 2009

Najib beri formula selesai masalah MCA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa beliau telah mencadangkan satu formula kepada pemimpin MCA semasa pertemuan dengan mereka. Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata buat masa ini pemimpin MCA sedang membincangkan mengenai formula tersebut dan melahirkan keyakinan bahawa mereka akan bersetuju dengan formula itu. "Tujuannya supaya dapat dicari titik pertemuan krisis MCA. Saya juga telah menggambarkan apakah bentuk penyelesaian dan formula yang mungkin boleh diterima semua pihak dan dengan harapan bahawa formula ini dapat mengembalikan kredibiliti dan keyakinan ahli MCA dan masyarakat Cina terhadap MCA," katanya.

Selain itu, Najib turut memaklumkan kepada Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perbincangan tersebut dan meminta agar beliau meneruskannya mengikut formula tersebut. "Saya difahamkan mereka sedang menimbangkan cadangan ini dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan mereka boleh menerima cadangan yang saya telah bayangkan,” maklum Najib.


penyapu sial

as easy as i 2 3 4.. it is C4 formula.. kah kah kah kah kah......Di tai chikan kepada Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin......UMNO puppet in trouble.....

No comments:

Post a Comment