Ahli Parlimen pembangkang Chua Tian Chang (PKR-Batu) memohon maaf kepada sidang Dewan Rakyat kerana beliau hanya menggunakan maklumat laman web sahaja dalam membahaskan isu 'solar-hybrid'. Beliau mahu menarik balik kenyataan beliau termasuk pemilikan kontrak oleh syarikat Shorefield Sdn Bhd. "Saya telah mengatakan satu syarikat iaitu Shorefield Sdn Bhd telah dapat kontrak dan saya, mengikut 'website' syarikat ini, telah menyenaraikan nama Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai pengarahnya.
"Kemudian saya dimaklumkan bahawa timbalan menteri itu telah 'resign' dari syarikat itu, jadi saya mohon maaf kerana saya hanya bergantung kepada maklumat dalam website," katanya. Chua mempertikaikan pemberian kontrak penjanaan elektrik dengan menggunakan tenaga solar di Sabah kepada syarikat yang ada kaitan dengan timbalan menteri.
penyapu sial
Selidik dan siasat dulu sebelum membuat kenyataan. Jangan terburu buru nanti makan diri
Dah tahu silap baguslah tu minta maaf secara terbuka.
Satu sifat yang mulia, bila tahu dah silap kita cepat2 minta maaf. Tapi menteri2 BN perasan mereka tak pernah silap.
No comments:
Post a Comment