RAMAI betul penyamun dan penyangak di negara bernama 1Malaysia ni. Dulu kita pakat dok heboh pasal kehilangan budak, yang mana pihak berkuasa dengan bongkak dan angkuh mengatakan bahawa pihaknya hanya memerlukan 48 jam untuk menyelesaikan kes ini. Tetapi hakikatnya sampai sekarang budak tu tak jumpa, entah hidup entah dah mati.
Kini kejadian makin bertambah pelik. Bayangkan saudara, enjin sebuah pesawat pemintas milik TUDM yang dikatakan harga enjinnya saja mencecah RM50juta telah hilang.
Hebat. Malaysia ni memang betul-betul hebat. Menang pingat emas acara bola sepak dalam Sukan Sea setelah kemarau 20 tahun pun dah dikira hebat, inikan pula hilang enjin pesawat. Lagilah hebat. Kalau hilang dengan badan-badannya takde la pelik sangat, ni tidak, enjin saje yang hilang. Tak hebat lagi macam tu?
Ramai betul penyanyak dan penyamun di Malaysia ni nampaknya. Semua nak hidup senang cara mudah agaknya. Yelah, mereka pun contohi pemimpin negara jugak.
Kalau pemimpin negara boleh rompak harta dan khazanah rakyat dan negara, takkan mereka tak boleh? Betul jugak tu. Orang tua-tua kata, cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
Kalau mayat model dari Mongolia boleh berkecai dan banyak bukti penting hilang seperti rekod keluar masuk model tersebut dari atau ke negara ini, apa pelik sangat kalau enjin pesawat hilang. Silap-silap haribulan, Putrajaya pun akan hilang nanti.
No comments:
Post a Comment