
Pengutip hutang yang dilantik institusi perbankan tidak dibenarkan mengganggu orang yang berhutang termasuk membuat panggilan lebih tiga kali seminggu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, larangan itu terkandung dalam garis panduan dan amalan pengutipan hutang adil yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau berkata, garis panduan ini membenarkan institusi perbankan menggunakan khidmat pengutip hutang tetapi melarang mereka menggunakan kekerasan dan mengamalkan tingkah laku tidak beretika ketika menjalankan tugas.
"Langkah ini selaras dengan usaha BNM untuk memperkukuhkan lagi struktur perlindungan serta tahap profesionalisme proses pengutipan hutang," katanya menjawab soalan Senator Dr. M. Malasingam pada Sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Malasingam bertanya apakah langkah pemantauan yang dibuat bagi mengatasi perbuatan ganas pengutip hutang yang dilantik bank komersial.
Chee Heung berkata, orang yang berhutang boleh membuat aduan kepada institusi perbankan berkenaan sekiranya tidak berpuas hati dengan tingkah laku pengutip hutang yang dilantik.
"Jika institusi perbankan ini memberikan reaksi tidak memuaskan, aduan selanjutnya boleh dibuat kepada BNM," katanya.
utusan meloya
No comments:
Post a Comment