Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan tuduhan yang dibuat ekoran serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia pada 2001 selepas pembikinan filem blockbuster fiksyen sains 'Avatar'. “Saya kini tidak pasti sama ada pengganas Islam yang melancarkan serangan itu. ”Ada bukti kukuh yang serangan itu dirancang. Jika mereka mampu menghasilkan 'Avatar', maka mereka boleh membuat apa sahaja. Membunuh orang yang tidak berdosa sebagai alasan untuk berperang bukan sesuatu yang baru kepada Amerika,” tegasnya.
Selain itu, Mahathir turut menyifatkan kwujudan negara Israel di bumi Palestin adalah tanggungjawab Britain. “Yahudi sentiasa menjadi masalah. Walaupun pernah dipulaukan dan dibunuh secara beramai-ramai, mereka masih kekal, berkembang, malah kini menjadi ancaman kepada kerajaan. Selepas disembelih oleh tentera Nazi dari Jerman, mereka kekal dan terus menjadi punca kepada masalah dunia. Penyembelihan beramai-ramai itu gagal sebagai penyelesaian,” jelasnya.
penyapu sial
MMG SANDIWARA YAHUDI /ZIONIS PUN..TAK CAYE TGK DLM INTRNT ' RE-OPEN 911....SKRIP ZIONIS NI MMG
BIJAK NAK KABURI DUNIA UTK BURUKKAN ISLAM.....
MASALAHNYA .....APASAL LA UMNO PUN IKUT RENTAK YAHUDI GAK..MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM..
No comments:
Post a Comment