30 January 2010

Serangan gereja : UMNO nafi dakwaan Azmin Ali

Umno bahagian Ampang menolak dakwaan Naib Presiden PKR Azmin Ali yang mendakwan ahli pertubuhan itu ada terlibat dalam serangan ke atas gereja di Desa Melawati. "Saya menafikan sekeras-kerasnya. Itu bukan tindakan kita. Mungkin tuduhan itu dibuat kerana kita terlibat menghantar memorandum kepada Sultan Selangor berhubung perkara ini. Walaupun begitu, dalam masa yang sama kita menentang kekerasan. Kita juga tidak bersetuju dengan tindakan tersebut," tegas Datuk Ismail Kijo. Sebagai Ketua UMNO bahagian.

Azmin mendakwa Pemuda Umno Gombak dan Ampang telah terlibat dalam serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Januari lalu. Beliau yang merupakan ahli parlimen Gombak berkata akan mendedahkan identiti mereka yang terlibat. "Kalau kita tengok, pada 31 Disember apabila keputusan dibuat, walaupun ada bantahan dibuat, kita lihat tiada tindakbalas. Tetapi bila Umno serah memorandum sahaja, mulalah kes bakar gereja. Seolah-olah sengaja dibuat kerana hendak menuduh Umno yang buat," kata Ismail.



penyapu sial


hehehehehe....UMNO yang buat keje ke? dah syak dari awal lagi dah.....UMNO cakap terbalik....makna nya ya....

ORANG BUAT JAHAT TAKKAN NAK MENGAKU JAHAT. YA TAK? INILAH PENJAHAT YANG SEDANG MENGGANAS DALAM NEGARA.

No comments:

Post a Comment