27 February 2010

Celaka Guan Eng...potong stim betoi.....!!!!

Kelmarin, mereka yang anti-Lim Guan Eng dan kerajaan PR Pulau Pinang tidak boleh menahan tebal muka kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan PR Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini tidak benar.Perarakan Maulidur Rasul diadakan! Ia berbeza dengan Kerajaan Negeri Perlis, Pahang dan Johor di bawah BN yang tidak mengadakan perarakan.

Perarakan 53 kontinjen jabatan-jabatan kerajaan dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang. Turut meraikan majlis ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sangat dibenci oleh Umno dan gerombolan NGO penyokong mereka itu.

Pasti puak-puak Umno dan gerombolan penyokong mereka yang bernama Perkasa @ Perkosa, Pekida @ Pukida dan lain-lain itu hangat hati melihat perarakan diadakan. Dan pasti bertambah sakit hati mereka melihat wajah ceria Guan Eng di sebelah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Ketua-Ketua Jabatan yang memberi sepenuh perhatian terhadap aturcara majlis yang berlangsung.

No comments:

Post a Comment