Najib akan rasmi symposium jenayah ekonomi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan simposium mengenai jenayah ekonomi yang akan membantu delegasi memahami isu sebenar dalam usaha menghalang dan mengawal jenayah ekonomi yang serius.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memyampaikan syarahan bertajuk “The Global Corporate Debacles of the 21st Century: Building Corporate Resilience Through Governance and Integrity.”
Antara penceramah Malaysia ialah Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bertajuk “The Regional Cambridge International Symposium on Economic Crime”, acara tiga hari yang bermula 22 Jun itu dihoskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pusat Untuk Dokumentasi Antarabangsa Mengenai Ekonomi dan Jenayah Terancang.
Simposium itu akan diadakan di Jesus College, University of Cambridge, United Kingdom, pertama kali di luar Malaysia sejak 27 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Azmi Ariffin.
penyapu sial
Memang Kena Hampa di Umno Semua memang Pakar dalam bidang ini
52 tahun pengalaman menipu rakyat 22 tahun practical dengan RASUAH, PEMALSUAN ,JENAYAH ,ETC BUNUH
No comments:
Post a Comment