Awang Adek ketuai pengagihan wang ihsan Kelantan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, dilantik untuk menguruskan agihan wang ihsan berkenaan atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata mesyuarat jawatankuasa untuk pengagihan wang ihsan itu akan berlangsung bulan depan untuk membincangkan kaedah agihan peruntukan itu.
“Kerajaan pusat sudah bersetuju dengan pelantikan Awang Adek untuk ketuai jawatankuasa ini.
“Agihan wang ihsan RM20 juta itu akan disampaikan kepada rakyat Kelantan pada April nanti,” kata beliau ketika dipetik Bernama ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan dan sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.
penyapu sial
Dari UMNO Pusat kepada UMNO Negeri, hanya orang UMNO sahaja yang pandai pegang duit dan tahu macamana nak joli sakan duit tu.... Orang lain tidak boleh dipercayai....
UMNO sebenarnya melakukan satu kesilapan besar dengan wang ihsan RM 20 juta ini. Dari segi strategi politik ianya sesuatu yang memang telah dijangka oleh pembangkang dan merupakan satu tindakan tidak cerdik. Dengan tindakan diatas, UMNO Kelantan bolehlah berehat kerana mereka tetap akan tewas dalam PRU13 nanti walaupun masih jauh lagi.
No comments:
Post a Comment