08 March 2010

93% Berpendapat katak penghianat melompat parti Perlu Juga Kosongkan Kerusi



Undian SMS Edisi 7 menyatakan 93% berpendapat mereka yang keluar  parti perlu juga mengosongkan kerusi mereka kerana Itu adalah suara rakyat.

Empat anggota Parlimen yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di cabar , tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 15 Mac ini.

Ini bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan,

Perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang anggota Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan ahli Parlimen akan gugur secara automatik.

Empat anggota Parlimen terbabit ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baru).

Jika mereka mengatakan pemilihan mereka berdasarkan pilihan rakyat, aku cabar mereka meletak jawatan dan satu pilihan raya (kecil) diadakan untuk membuktikan kemenangan mereka memang dipilih oleh rakyat dan mereka harus ingat, jangan bermegah kerana mereka menang pun atas tiket PKR

Aku yakin tiada lagi pemimpin PKR akan keluar parti kerana kesemua "pengkhianat" dalam PKR sudah tiada.

Aku juga yakin selepas ini tiada lagi yang akan keluar parti walaupun Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyat keluar parti itu namun di lihat ia sebagai satu proses pembersihan parti

No comments:

Post a Comment