Dosa doa kecelakaan orang lain
Perbuatan mendoakan kecelakaan orang lain perlu dihentikan kerana ia berdosa dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak ada nas menunjukkan ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW mengajar orang untuk menjadi jahat.
"Tujuan doa dan solat hajat adalah untuk sesuatu perkara yang baik dan agama Islam tidak pernah mengajar kita untuk mendoakan kejahatan kepada orang lain.
"Semasa Nabi Muhammad kena pukul di Taif pun, baginda masih berdoa untuk orang yang membuat kezaliman terhadapnya," ujar beliau selepas menutup Kursus Pengamatan Nilai-Nilai Islam Dalam Penugasan Harian di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan parti pembangkang yang mahu mengadakan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam agar Ahli Parlimen Bagai Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ditimpa bala jika tidak melepaskan kerusi Parlimen tersebut.
Rabu lalu, Mohsin Fadzli mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman serta tidak puas hati dengan pendirian parti itu yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti itu dan mengisytiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Menurut Jamil, tindakan mengadakan solat hajat dan berdoa untuk kecelakaan orang lain adalah satu penyalahgunaan agama yang tidak sepatutnya berlaku.
"Perbuatan tersebut berdosa kerana kita tidak boleh mendoakan kecelakaan sesama umat Islam.
"Saya nasihatkan kepada mereka yang melakukan perbuatan itu supaya menghentikannya dan jangan kerana politik, kita hilang pertimbangan agama," jelasnya.
Sementara itu, mengulas gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ini, Jamil memberitahu, kesedaran individu amat penting dalam membendung gejala tersebut.
Jelasnya, sebelum melakukan sesuatu yang buruk dan mengaibkan, seseorang itu perlu berfikir tentang akibat yang akan berlaku kemudian hari disebabkan perbuatan mereka.
"Tahap pendidikan di negara ini sudah tinggi dan jarang kita dengar mengenai remaja yang tercicir pelajaran. Bagaimanapun mereka perlu pandai menjaga diri dan sedar akibat daripada pergaulan yang terlampau bebas," katanya.
utusan meloya
Solat hajat selama tujuh hari tujuh malam agar Ahli Parlimen Bagai Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ditimpa bala jika tidak melepaskan kerusi Parlimen tersebut....memang betul lah amalan begitu...sebab beliau telah menghianati amanah rakyat...rakyat memilihnya jadi AP atas tiket parti bukan individu....sewajarnya beliau ini kosongkan kerusi...kalau ingin jadi AP semula bertanding semula atas tiket individu atau UMNO....
ReplyDeleteoleh kerana bangsat ini berdegil...dan tak tau malu...lansung tak bermaruah punya orang...di doakan bior di timpa bala selagi amanah yang di pegang tidak di pulangkan kembali kepada rakyat....dan menteri agama UMNO...sila lah cermin diri sendiri dulu sebelum nak menuding kesalahan kepada orang lain...jangan kerana politik agama di cibaikan oleh puak puak umno ko orang...
pasal gejala buang bayi...memang menteri agama kepala lutut...ini sah benggongnya...kalau kerajaan sendiri yang di pimpin oleh umnogok tak menitik berat aspek undang undang,peraturan dan aspek kehidupan amalan yang di tuntut islam dengan sempurna....inilah akibatnya...
tahap pendidikan tinggi atau rendah kalau iman tiada di sebabkan pendidikan islam jadi kelas kedua..pendidikan duniawi di utamakan ..akhirat di ketepikan...jangan salahkan ibu bapa...puncanya...sebab ibu bapa asalnya di didik dengan cara lebih kepada pendidikan sekular...jadi macam mana nak didik anak jadi anak soleh dan solehah...kerana kerajaan yang sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik...mestilah utamakan undang2, pentadbiran dan pendidikan islam...dari yang lain lain..maka iman terpelihara...dan segala jenis maksiat dapat di hindari....
harap pandai jaga diri dan pandai berpikir baik buruknya tanpa di sertai dengan iman dan pendidikan islam yang syumul...umpama tong kosong ...bila becakap gema aje yang lebih tapi abuk pun tarak...!!!!