Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak di gesa supaya menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi.
"Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang,”
"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah ada majoriti dua pertiga.”
Sejak beberapa minggu kebelakangan lalu, PKR digoncangkan dengan tiga ahli parlimennya berpaling tadah sehingga menimbulkan krisis kepimpinan parti, terutama terhadap ketua numumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Andaian jika ketiga-tiga mereka mesra BN di Dewan Rakyat, gabungan itu cuma memerlukan tujuh lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga.
BN sepatutnya bertindak adil dengan mencabar Pakatan Rakyat berdebat berhubung polisinya daripada cuba memancing ahli parlimennya.
Perdana Menteri seharusnya memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara ketika ini.
Najib seharusnya menjejaki langkah penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak cuba memancing adun Kelantan walaupun kerajaan PAS satu ketika dahulu hanya mempunyai kelebihan satu undi.
UMNO pada masa itu dengan mudah boleh merampas Kelantan tetapi Pak Lah tidak bersetuju kerana tindakan memancing itu tidak bermoral.
No comments:
Post a Comment