
renungan seorang kaki dangdut...betina pun boleh.....ambik ko saifudin...!!!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail menarik balik tuduhan bahawa beliau telah berbohong berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan.
Mohamed Nazri (gambar) berkata Saifuddin Nasution sebenarnya yang telah berbohong kerana mengatakan Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969 yang menjelaskan tentang had sempadan sesebuah negeri ialah setakat tiga batu nautika telah dimansuhkan.
“Ordinan ini masih berkuatkuasa, cuma pindaan dibuat pada tahun 2007 yang memansuhkan Seksyen 7 ordinan berkenaan. Dalam hujah saya (pada sidang Dewan Rakyat pada Disember 2009), saya rujuk pada Seksyen 3 dan 4, saya tak rujuk pada Seksyen 7.
“Jadi saya nak nasihat pada Saifuddin Nasution, dia bukan peguam, dia tak tahu baca enakmen atau akta, jadi saya minta pada dia tarik baliklah sebab itu merupakan pembohongan dia di dalam dewan... kalau dia terus mengatakan saya membuat pembohongan, saya seorang menteri saya tak pernah bohong dalam dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Mohamed Nazri mengulas dakwaan Saifuddin Nasution pada persidangan Dewan Rakyat sebelum itu bahawa beliau telah mengelirukan dewan dengan memetik undang-undang yang telah dimansuhkan ketika menggulung perbahasan mengenai isu royalti minyak negeri Kelantan.
Menurutnya beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ordinan ini masih berkuatkuasa dan kenyataan Saifuddin Nasution itu sememangnya tidak benar.
“Kalau dia (Saifuddin Nasution) seorang anggota Parlimen yang terhormat, dia akan tarik balik (kenyataannya), kalau dia tidak setuju kita boleh lawan (debat) dalam dewan atau luar dewan,” katanya
Bernama
penyapu sial
Apa lagi Saifudin.. sambutlah cabaran ini .. berdebatlah... dan saya percaya rakyat tertunggu tunggu dan ingin meraikannya. Nazri Aziz kata dia tidak pernah berbohong dalam parlimen bukan bererti dia tu "honest" tapi dialah kaki putar belit tersohor di Malaysia hari ini. Dari kata katanya dia seorang yang angkuh, bangga diri dan seorang yang lupa daratan. Let us have the DEBATE and let Rakyat become the judges.
menteri kaki dangdut dan porno nie cuba melepaskan diri dan mengelirukan rakyat lagi. Memang ada unsur pembohongan hanya dalam penjelasan beliau kata beliau rujuk kepada seksen 3 dan 4 dan bukan seksen 7 yang telah dimansuhkan. Bila niat jahat dibongkar baru mahu memperbaiki. Nazri tak perlu bersandiwara dengan perkataan..... kita dah tak percaya pada lu.
No comments:
Post a Comment