27 March 2010

UMNO BAKAL DAPAT KETUANAN PENYAPU SIAL DI HULU SELANGOR ....



orang melayu Hulu Selangor tidak sabar hendak memberi Penyapu kepada Calon MIC dalam PRK tidak lama lagi ini


Kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah kerusi MIC. Dalam PRU lepas, Calon BN dari parti MIC, Datuk G Palanivel kalah dengan Dato' Zainal Abidin Ahmad dari parti PKR.

Menurut maklumat, pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. . ini menunjukkan, pengundi di Parlimen terbabit terdiri pengundi melayu lebih majoriti.

persoalannya, mengapa BN memberikan kerusi Parlimen Hulu Selangor ini kepada MIC, walhal pengundi majoritinya adalah melayu? kemana perginya ketuanan melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sejak sekian lama?

Dalam PRK tidak lama lagi akan berkunjung tiba, apakah BN akan memberikan kerusi ini kepada MIC, atau kepada UMNO? UMNO perlu buktikan kepada orang melayu bahawa mereka benar-benar tidak menggadaikan Ketuanan melayu dalam PRK kali ini.

No comments:

Post a Comment