21 April 2010

DI LUAR NEGARA MENTERI RASUAH LETAK JAWATAN....DI MALAYSIA MENTERI RASUAH TETAP MENTERI DAN SEMAKIN KAYARAYA...!!

Rasuah: Menteri India letak jawatan

Seorang menteri India, Shashi Tharoor meletak jawatan kelmarin berhubung dakwaan rasuah dalam liga kriket India.

Tharoor, 54, juga bekas diplomat kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Manmohan Singh dan Presiden Pratibha Patil pada lewat malam kelmarin.

Pada pilihan raya Mei lalu, beliau memenangi kerusi di negeri Kerala, selatan India.

Tekanan supaya beliau meletak jawatan bermula seminggu lalu selepas laporan berita menyiarkan pendedahan teman wanitanya yang mengaku diberikan saham percuma dalam kumpulan Rendezvous Sports World (RSW), francais baru dalam Liga Perdana India (IPL).

Parti-parti pembangkang mendakwa saham AS$15 juta (RM48 juta) digunakan Tharoor secara rahsia untuk menempatkan francais itu bersama syarikat yang membeli pasukan kriket, Kochi.

Perjanjian tersebut didedahkan oleh Pengerusi IPL, Lalit Modi melalui laman web jaringan sosial, Twitter secara terperinci.

Tharoor menafikan sebarang salah laku dan menegaskan beliau sekadar membantu bidaan pasukan Kochi.

No comments:

Post a Comment