Dalam siri-siri kempen pilihan raya kecil sebelum dan yang terbaru PRK Hulu Selangor kelihatan para pemimpin kerajaan UMNO-BN bersenang-lenang menggunakan kereta-kereta rasmi kerajaan dalam setiap kempen yang dijalankan.Para pemimpin kerajaan UMNO-BN dari peringkat atasan hinggalah bawahan menggunakan kereta rasmi kerajaan kesana-sini dalam kempen pilihanraya kecil.Perkara seperti ini sepatutnya tidak dibenarkan kerana kenderaan rasmi adalah hasil dari duit rakyat tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.Setiap kos yang mengalir dalam penggunaan kenderaan rasmi dari segi minyak dan penyenglenggaraan adalah dari duit rakyat
Para pemimpin kerajaan termasuk perdana menteri sendiri tidak boleh sewenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan atas urusan kempen parti politik.Keselesaan yang diperolehi oleh mereka adalah dari hasil dari duit rakyat.Mereka sepatutnya menggunakan kenderaan sendiri apabila hendak berkempen atas nama parti.Adalah amat tidak wajar perkara seperti ini terus berlaku di depan mata rakyat yang dibebani dengan pelbagai bayaran cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan.
Oleh itu satu akta baru perlu diperkenalkan di parlimen iaitu kenderaan rasmi kerajaan tidak boleh digunakan dalam kempen-kempen pilihan raya mahupun politik.Ia bagi menegaskan bahawa harta bende kerajaan tidak boleh disalahgunakan bukan pada tempatnya.Ia hanya digunakan dalam urusan rasmi pentadbiran kerajaan sahaja.Undang-undang melarang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dalam kempen pilihanraya adalah perlu bagi mengelakkan pembaziran kos yang berlebihan akibat penyalahgunaan harta milik kerajaan.
anak_muar
No comments:
Post a Comment