Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim dan seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut sejumlah gantirugi kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu kenyataan media pada Februari lalu. YBK yang bertindak sebagai plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn. Bhd dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom (foto) sebagai plaintif kedua dan ketiga memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10 pagi.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Abd. Khalid dan Yaakob Sapari membuat kenyataan berunsur fitnah antaranya aset YBK bernilai RM100 juta dicagar kepada bank dan YBK digunakan untuk kepentingan peribadi. Saman ini merupakan tindakan mahkamah yang ketiga dilakukan oleh pihak YBK.
kewujudan YBK itu sendiri adalah lain dari matlamatnya ... adalah tidak logik YBK menubuhkan sebuah syarikat atas namanya sendiri dan ini dipercayai telah disalah gunakan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO yang gila kuasa dan tamakkan harta. Di Pahang pun begitu, YBK langsung telah dibubarkan beberapa tahun yang lalu. Soalnya, mana perginya jutaan duit yang ada dalam kantung YBK Pahang itu agaknya. Tunggu pendedahannya nanti.
No comments:
Post a Comment