Tiada bukti, SPRM tutup kes Tee Keat terima RM10 juta
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing, telah ditutup dan tiada siasatan lanjut.
Katanya perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM dalam surat yang diterimanya pada 22 April lalu yang menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan berkenaan.
“Kes ini saya dimaklumkan bahawa ianya telah tamat siasatan dan tidak akan dilanjutkan siasatannya. Tiada sebarang bukti yang membuktikan tuduhan-tuduhan liar itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Red Means Stop” anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn Bhd di sini hari ini.
Tahun lepas, SPRM memanggil Ong untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada Tiong untuk aktiviti MCA. Ketika itu Ong adalah Presiden MCA manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ.
“Kini telah pun jelas senario sebenarnya, walaupun jawapan ini saya terima agak lewat sedangkan saya sedia maklum kes ini telahpun tamat siasatannya agak awal sebelum ini.
“Tanpa atas apa sebab, saya baru dapat maklum balas atau jawapan pada 22 April lalu,” katanya.
Ditanya sama ada beliau kecewa lewat menerima surat jawapan daripada SPRM, Ong berkata: “Sepanjang hayat kita ini, cukup banyak kekecewaan, rintihan itu ada, kecewa jangan.
“Kalau inilah yang berlaku yang menimpa kita, kita kena juga berdepan dengannya dengan penuh ketabahan.” — Bernama
penyapu sial
mcm biase ler...kes berjuta juta melibatkan menteri BN-APCO mana ada cukup bukti kununnya....selamat kan kroni...mcm pukimak....
tapi kalau pakatan rakyat...RM 1000 pun boleh di jadikan bukti yang kuat....nampak negara kita dah jadi sarkas yang di kendalikan oleh badut badut cibai kerajaan barisan najis aka bini puaka.....!!!!!
No comments:
Post a Comment