Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima borang keahlian Umno daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), enam bulan lepas.
Penyerahan borang itu dilakukan selepas Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang.
Menurut kenyataan yang dipetik dari portal Umno-online.com, Badrul Hisham berkata langkahnya itu bertujuan memperkuatkan lagi Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana banyak hal ehwal pembangunan, ekonomi, kebajikan dan agama yang perlu dilakukan di Selangor.
“Banyak perkara yang perlu dibuat di Selangor, jadi saya menyertai Umno untuk bersama-sama BN merampas kembali Selangor,” katanya.
Beliau berkata masyarakat kini termasuk orang Melayu berpecah-belah kerana tindakan pakatan pembangkang yang mahu mencapai kepentingan politik mereka dan menyebabkan banyak kemajuan serta pembangunan tergendala
“Kita perlu kuatkan kedudukan parti dan memperkukuhkan perpaduan supaya dapat memperjuangkan nasib pengundi dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.
Badrul Hisham, 50, pernah menggemparkan politik tanah air terutama pembangkang apabila mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Okt 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.
Keputusan itu diambilnya kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu dan perjuangan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sudah terbukti jauh menyimpang dari matlamat asal perjuangan parti. — Bernama
penyapu sial
selama berjubor badrul....lepas nie leh jadi gundik rosmah pulak.....
No comments:
Post a Comment