28 May 2010

Mahathir cabar anak Samy Vellu bukti UMNO terlibat



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar anggota Jawatankuasa Pusat MIC Vel Paari mengemukakan bukti bahawa Umno terlibat dalam perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Beliau berkata anak Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu itu boleh menuduh sesiapa sahaja tanpa menyatakan bukti. Gerakan tersebut ditubuhkan Timbalan Ketua Pemuda MIC V.Mugilan yang dipecat oleh Samy.

Mahathir berpendapat sepatutnya Samy sudah mengundurkan diri daripada kancah politik. "Saya fikir beliau telah mewujudkan satu rekod. Saya fikir seseorang itu hendaklah berpuashati dengan kewujudan rekod seperti itu," katanya


penyapu sial

Mana boleh Samy Vellu tu puashati dengan rekod dunia yang dipegangnya sebagai Presiden parti paling lama memegang jawatan. Kaum India di M'sia yang menyokong MIC sepatutnya berbangga dengan pencapaian Samy Vellu dalam arena politik, mana ada orang dalam dunia ni yang boleh mencabar kebolehan Samy Vellu. Che Det tahu ke bahawa Samy nak pegang jawatan Presiden MIC selama 30 tahun lagi ? sebab harta yang dikumpul belum cukup target maaa.

dan mahathir sakit hati, si samy dapat kekal dalam MIC lebih lama dari mahathir kekal dalam UMNO.
dua dua hantu BN ni sama je.

No comments:

Post a Comment