14 May 2010

masih berlagak samseng lagi...hah ...saman aje ketua perompak negara ( KPN ) tu....!!!!

Enggan maaf, keluarga Aminulrasyid boleh saman KPN


Saya menyarankan agar keluarga Allahyarham Aminulrasyid yang menjadi korban kecuaian Polis bersiap sedia memfailkan saman kepada pihak Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri. Sebelum ini mereka telah mengeluarkan tawaran permohonan maaf tetapi Musa Hassan hanya membalas dengan;

“Saya tidak mahu komen kerana ia mempunyai implikasi undang-undang”

Jadi, biarkan undang-undang menunjukkan kreditasinya terhadap kes ini. Yang jelas Aminulrasyid harus mendapatkan pembelaan. Kematiannya harus dituntut dan pihak Polis jangan terlalu angkuh bila rakyat mulai persoalkan apa yang mereka buat.

Rakyat juga ada rasa tolak ansur, namun sikap yang ditunjukan KPN sedikit menguris perasaan. Ini bukan pasal ayam kena langgar lori, buka pasal lembu kena curi. Ini pasal kematian seorang remaja. Silap mana pun dia, tindakan menembak sampai mati adalah melampau.

Pendakwaan Jenain Subi, 48, hasil dari siasatan awal Polis dan panel yang dilantik sudah cukup memberitahu kita bahawa Polis bertanggungjawab ke atas kematian Aminulrasyid. Dan pistol Polis yang digunakan jadi bukti bahawa Aminul mati dengan peluru yang dibeli mengunakan wang rakyat.

Soal kesilapan atau kecuaian kita boleh faham. Tapi ini soal kematian mengejut yang tidak sepatutnya berlaku. Susah sangatkah KPN nak minta maaf. Kenapa masih nak tunjuk lagak lagi.

No comments:

Post a Comment