Ahli parlimen Kapar S Manikavagam menyifatkan beliau telah dilagakan - lagakan antara kepimpinan PKR dan kerajaan Selangor berhubung dakwaan penyelewengan dalam syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB). "Sejak kebelakangan ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu (KSSB) ini untuk melaga-lagakan saya dengan kepimpinan parti dan kerajaan Selangor. Nasihat saya kepada mereka, jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa dengan saya berhubung isu ini," katanya.
Bagaimanapun pihak tersebut tidak dinyatakan oleh wakil rakyta PKR itu. Pendedahan yang dibuatnya sebelum ini telah mewujudkan ketegangan antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut diambil kesempatan oleh ahli parlimen Wangsa Maju Wee Cho Keong untuk keluar parti
penyapu sial
Kalau betul niat MP KAPAR untuk menyelesaikan isu pasir yang telah berbangkit sebelum ini dinegeri Selangor beliau sepatutnya lah menggunakan saluran dalaman yang wujud dengan menyalurkan maklumat yang sah kepada MB,kepimpinan PKR dan juga polis supaya dapat diambil tindakan sewajarnya, tetapi nampaknya beliau lebih suka menggunakan saluran media untuk menyelesaikan masalah.
Takkan itu pun nak kena diajar kot, semua parti yang wujud mesti ada jawatankuasa untuk membincang dan seterusnya mengambil keputusan. Jangan nak jadi hero filem tamil la pulak MANI, tindakan awak seolah2 hendak lempar batu tapi sembunyi tangan hingga boleh awak menganggap jangan buang masa contact awak mahupun jumpa awak, apa awak ingat awak tu MGR ke ? ataupun munkin awak nak gunakan alasan itu untuk keluar dari PKR ? supaya masyarakat nampak ianya alasan kukuh dan mengasihani awak, tak macam katak lain yang asyik bagi alasan yang sama bila keluar parti PKR ? tepuk dada tanya selera sebab awak sendiri yang tahu apa yang awak mahukan sebenarnya...
No comments:
Post a Comment