Tubuh suruhajaya siasat 'pengkhianatan'
Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkhianatan kepada negara.
Pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi kepada Kumpulan Berjaya dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.
kita juga mahu supaya siasatan menyeluruh ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.
"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.
"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara,"
Banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.
"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.
"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.
"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja,"
Turut di persoalkan adalah sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.
"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?,"
No comments:
Post a Comment