Malaysiakini hari ini melaporkan berita bertajuk "Idris Jala: Malaysia risks becoming next Greece". Saya mana ada ilmu nak mempersoalkan telahan Datuk Seri Idris Jala.
Tetapi, yang saya nak tanya, Malaysia mungkin boleh tersungkur seperti Greece tu sebahagian besarnya kerana subsidi atau kerana salah tadbir atau mismanagement serta penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)? Saya teringat sungguh kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya petik dalam posting bertajuk "Yang satu sesat, yang satu lagi tak larat":
"So you can say that Umno central committee is actually made up of corrupt people".
La ni, rakyat terpaksa tanggung. Malaysiakini juga melaporkan berita bertajuk "Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini" dan "Petrol prices could go up initial 15 sen".
Bagi mereka yang undi Umno BN tak pa la - you reap what you sow. Kami yang tak undi dan benci Umno BN ni?
Fasal Greece tu tadi, negara itu berhutang sebanyak 89 peratus daripada pendapatannya. Hutangnya mencanak sehingga sekitar 300 bilion Euro. Kalau Greece tak larat bayar hutang dan isytihar dirinya bankrupt, lingkuplah sistem kewangan Eropah sebab sebahagian hutang Greece adalah dari bank-bank di negara-negara Eropah terutama Jerman dan Perancis. Bila sistem kewangan Eropah melingkup, lingkup itu akan berjangkit ke seluruh dunia. Tu aku cerita cara orang tak mengaji la. Hampa faham tak faham, nasib la. Bagi yang tau baca Orang Putih, pi baca "Why is the euro zone failing to contain the crisis?"
Kalau hampa faham, tu la yang Idris kata nak jadi lagu Greece tu! Mampoih!
Tapi jangan bimbang, kekayaan para pemimpin Umno BN serta tuan-tuan agung mereka seperti Tan Sri Vincent Tan tak akan terjejas. Kalau tak percaya baca berita Malaysian Insider 13 Mei lalu bertajuk "OSK Research: Potential legal sports betting mart worth RM6.4b".
* http://penarikbeca.blogspot.com
No comments:
Post a Comment