20 June 2010

elak ular makan katak....katak katak panggil hujan....!!!

Keputusan perbicaraan YB Tian Chu menjadi tempelakan terbaik buat katak katak yang melompat terutama dalam aspek membantu penduduk di kawasan mereka.YB Tian Chu berkemungkinan hilang kelayakan sebagai MP kalau keputusan ini kekal dan satu pilihanraya kecil bakal di adakan di kawasannya.


YB Tian Chu tidak melompat tetapi dilucutkan kelayakan kerana undang undang menetapkan demikian.Yang tersirat kalau kemungkinan ini terjadi ialah YB Tian Chu merupakan ahli politik yang benar benar mahu membantu rakyat kerana apabila pilihanraya diadakan di parlimennya, maka mencurahlah peruntukan kerajaan masuk dan dengan itu rakyat di parlimen Batu akan terbela.Mesej ini ingin disampaikan kepada katak katak bahawa jika benar mereka ingin membantu rakyat di kawasan mereka, letak jawatan untuk membolehkan plihanraya kecil diadakan sekaligus datangnya peruntukan demi peruntukan kerajaan di kawasan masing masing.

Katak katak tak perlu bersilat dengan jurus jurus yang berbagai kerana penyelesaian kepada kemahuan mereka membantu rakyat sudah diketahui jadi apa yang patut mereka lakukan sekarang, letak jawatan.Itupun kalau benar mereka ingin membantu rakyat, sebaliknya kalau mereka enggan letak jawatan dan tubuhkan konsesus bebas di parlimen atau menyokong BN di dewan undangan negeri, itu bermakna mereka tidak ikhlas untuk membantu rakyat.

Katak katak tak perlu lagi cabar mencabar, kerana suaranya hanya kedengaran seperti suara memanggil hujan untuk mengelakkan ular memakan katak di mana akibatnya bangau juga yang kurus.YB Tian Chu sudah tunjuk jalan bagaimana hendak membantu rakyat, jadi persilakanlah wahai katak katak sekelian.Its your call.



notan

No comments:

Post a Comment