18 June 2010

Kerajaan Kelantan tarik balik 10 gelaran Datuk dan darjah kebesaran

Kerajaan Kelantan tarik balik 10 gelaran Datuk dan darjah kebesaranSetelah Istana Johor menarik balik gelaran Datuk empat individu, kerajaan negeri Kelantan pula menyenaraikan 10 individu yang ditarik balik gelaran Datuk serta darjah kebesaran yang lain. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias berkata sebanyak tujuh individu yang ditarik balik gelaran Datuk manakala tiga lagi merupakan penerima Jaksa Pendamai (JK).

Pengumuman dibuat bagi menjaga imej istana dan institusi diraja. Sesetengah penarikan gelaran Datuk dan darjah kebesaran berkuat kuasa sejak September tahun lalu. Antara individu yang ditarik balik gelaran ialah pemaju hartanah terkenal, Tan Huat @ Tan Liang Chong, bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed, bekas Ketua Jajahan, Ismail Ghani, dua ahli perniagaan, Ibrahim Abdul Kadir dan Wan Hassan Wan Zin, Mohd. Raihan Datuk Seri Dr. Eusuff Teh, Senator Ahmad Rusli Iberahim, Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir, kontraktor, Yusri Che Noh dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar@Tengku Azman Tengku Ismail.

Mohd Aiseri tidak mendedahkan punca sebenar penarikan gelaran Datuk dan darjah kebesaran terbabit. Beliau menjelaskan bahawa penarikan itu dibuat mengikut hemah dan budi bicara baginda.



penyapu sial


DI ZAMAN SEJARAH LAMPAU GELARAN DATUK DIBERI KEPADA MEREKA YANG BERJASA KEPADA NEGARA/NEGERI TETAPI HARI INI GELARAN DATUK 'DIJUAL' KEPADA TAUKEY-TAUKEY KAYA. ENTAH APA YANG DISUMBANGKAN OLEH TAUKEY-TAUKEY TERSEBUT......

SEDANGKAN TAUKEY-TAUKEY INILAH PENGHISAP DARAH RAKYAT MISKIN. KALAU PIHAK ISTANATERDESAK SANGAT NAK KURNIAKAN GELARAN DATUK KEPADA MANA-MANA INDIVIDU (TANPA MENGIRA PARTI) PASTIKAN ORANG ITU BENAR-BENAR MEMBERI SUMBANGAN YANG BESAR KEPADA NAGARA/NEGERI
BUKAN HANYA KERANA DIA KUAT POLITIK ATAU PANDAI BERNIAGA.


Tapi kini rasa nya gelaran datuk lebih di berikan pada lanun, penjenayah, perompak yang merompak hasil negara ini dan kepada yang menindas rakyat... Apakah jasa mereka selama ini kepada rakyat selain dari menipu, menyeleweng dan merompak demi kepentingan diri dan kroni..

Kalau diberikan gelaran ini kepada atlet sukan yang mengharumkan nama negara masih boleh diterima oleh rakyat sebab menjunjung nama negara di pelusuk dunia tapi kepada yang bergelar datuk dan tidak berjasa langsung pada rakyat dan negara harus dilucutkan gelaran itu dengan serta merta.... Biar mereka hanya jadi datuk pada cucu mereka sahaja.

No comments:

Post a Comment