kepada para pemimpin UMNO-BN yang lain dan rakyat yang mengundinya sebelum ini...pemimpin macam ni kah yang patut kita pilih untuk mewakili dan menyelesaikan masalaah rakyat...kalau rase dah malas dan tak nak ambil tau masalah rakyat...baik berhenti aje....kasi orang lain@ parti pembangkang(PR) aje yang menguruskan hal rakyat macam ini ....
Johor: Rumah pangsa daif
PENGHUNI flat Taman Skudai Kanan menunjukkan siling rumah yang bocor akibat dipukul ribut baru-baru ini belum dibaiki.
JOHOR BAHRU: Sebahagian 600 penduduk di dua blok flet Taman Skudai Kanan dekat Bandar Baru Uda, di sini berdepan kebimbangan berlaku kebakaran akibat litar pintas selepas kediaman mereka dilanda ribut baru-baru ini yang menyebabkan bumbung dan tingkap rumah mereka rosak.
Penduduk gusar air hujan yang memasuki menerusi bumbung yang bocor akan menyebabkan litar pintas seterusnya kebakaran. Seorang suri rumah, Siti Asnah Dalimin, 39, yang menetap di blok G, berkata dia dan keluarga tidak berani memasang lampu atau menggunakan alat elektrik ketika hujan.
"Kami tidak mahu mengambil risiko kerana amat berbahaya jika air masuk ke dalam kabel elektrik berkenaan," katanya.
sebahagian penduduk sudah menyuarakan masalah mereka kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru tetapi sehingga kini keadaan masih tidak berubah.
selanjutnya....di sini
No comments:
Post a Comment