Tun Dr Ling didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menipu kerajaan Malaysia
Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA dituduh menipu kerajaan Malaysia kerana memperdayakan Jemaah Menteri mengenai pembelian tanah untuk projek ‘Mega Distribution Hub’ di Pelabuhan Klang. Walau bagaimanapun, Dr Ling yang dihadap di Mahkamah Sesyen hari ini mengaku tidak bersalah bagi tuduhan terbabit.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaaan. Sebutan kes terbabit sudah ditentukan pada 3 September depan. Kertas pertuduhan yang dibacakan dalam mahkamah menyatakan bahawa Dr Ling didakwa kerana menipu kerajaan dengan memperdayakan Jemaah Menteri antara 25 Sept, 2002 dan 6 Nov, 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan mempersetujui pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek 'distribution hub' di Pelabuhan Klang.
Antara syarat-syarat yang ditentukan antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang termasuklah kadar pembelian tanah dari RM25 satu kaki persegi menjadi jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456 serta beberapa lagi terma yang lain.
penyamun sial
ha ha ha ....Tun Dr Ling didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menipu kerajaan Malaysia
: ALAA...JANGAN RISAULAH INI GERENTI LEPAS PUNYA
BIASALAH IKAN JERUNG TERLEPAS,IKAN BILIS
MENJADI MANGSA. PERCAYA KA?
PERCAYALAH ( SEKADAR NAK SEDAPKAN ORG KUAT APCO )
Ling Liong sik je?
Macamana dengan yang seangkatannya?
Mahathir, samy no value tak bawak sekali ke?
Jelas dalam malaysia maverik menceritakan segalanya, takkan tak tau kot. Biasalah klalau orang UMNO dan barua UMNO, gerenti akan selamat punya.
No comments:
Post a Comment