Peluang bagi Umno dan Pas untuk mewujudkan kerjasama dalam usaha memperjuangkan nasib orang Melayu mungkin akan hilang sekiranya kedua-dua pihak tidak bersungguh-sungguh dalam mencapai objektif itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Cadangan untuk mewujudkan kerjasama itu bakal ‘dirampas’ oleh pihak yang tidak ingin melihat ia direalisasikan, katanya. Persidangan yang sering membabitkan isu politik, peribadi dan ego termasuk isu keselamatan negara akan membawa kepada kemaharajalelaan pihak militan.
Beliau menjelaskan faktor penting untuk menjayakan penyatuan itu dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Islam d negara ini – keikhlasan dan niat suci. Hishammuddin berkata penyatuan itu tidak akan berlaku sekiranya masing-masing gagal mengetepikan kepentingan politik dan agenda tersendiri.
penyapu sial
PAS DI KELANTAN MEMPERJUANGKAN JUGA NASIB DAN HAK RAKYAT KELANTAN,MEREKA MENUNTUT ROYALTI MINYAK UNTUK KELANTAN.ORANG KELANTAN PUN RAMAI ORANG MELAYU
UMNO YANG MENERAJUI BN DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENAFIKAN HAK TERSEBUT.MEREKA HANYA SEKADAR MEMBERI WANG BELAS KASIHAN SAHAJA.
IKA UMNO TIDAK UBAH SIKAP DAN KEANGKUHAN MEREKA INI RAKYAT PASTI MENOLAK MEREKA SEKALI LAGI. POKOKNYA SEKARANG,SIAPA MENINDAS SIAPA? DAN INI AMAT PERIT BAGI PAS UNTUK BEKERJASAMA DENGAN UMNO..PAS TIDAK AKAN TERTIPU DENGAN MUSLIHAT INI.
No comments:
Post a Comment