Presiden Umno Datuk Seri najib Tun Razak berkata belum sampai masanya untuk membuat keputusan sama ada pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) di Sabah perlu dikekalkan status-quo ataupun dibatalkan pada pilihan raya yang akan datang.
Beliau menegaskan bahawa keputusan belum dicapai. Justeru, orang ramai tidak perlu berasa teruja dengan isu terbabit. Najib berkata sungguhpun politiking dalaman semakin menjadi-jadi, apa yang paling penting ialah untuk berkhidmat kepada rakyat.
Najib membuat kenyataan terbabit berikutan isu pergeseran antara parti-parti komponen BN di Sabah kerana ada permintaan untuk memberikan kerusi kepada parti tertentu bagi menghadapi pilihan raya seterusnya.
Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Ketua UMNO bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh meminta supaya kerusi DUN Merontai dikembalikan kepada Umno kerana Parti Liberal Demokratik (LDP) yang selama ini memegang kerusi itu untuk dua penggal tidak dapat membawa sebarang perubahan pada kawasan terbabit.
Selain itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin juga membuat permintaan untuk pengembalian kerusi Parlimen Putatan kepada calon Umno untuk pilihan raya seterusnya. Buat masa kini, kawasan itu diwakili calon dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Marcus Majigoh.
penyapu sial
Nampak gayanya parti UMNO pun ingin berebut-rebut juga sama parti kompenen BN di sabah...
Inilah parti UMNO tak sedar diri dengan pemimpin yang angkuh dan sombong...
No comments:
Post a Comment